“Tak Kisah Kau Nak Kahwin Ke, Nak Pergi Mamp*s Ke” – Pempengaruh Teruk Dikecam Menyusahkan Ramai Orang

LocalEntertainment
20 Jul 2025 • 8:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh permotoran dikenali sebagai Ija menerima kecaman hebat sejak polis mengesahkan bahawa kehilangannya hanya rekaan dan adiknya juga mengaku bersubahat.

Selain rakan-rakan yang ikhlas merisaukan Ija dan sertai misi pencariannya, netizen juga turut tidak ketinggalan melepaskan kemarahan terhadap pempengaruh berkenaan.

Masakan tidak, Ija bukan sahaja menganiaya isteri dengan menenggelamkan kereta wanita itu tetapi apa yang paling membuatkan dia dikecam hebat adalah kerana menyusahkan pihak berkuasa.

“Apa motif dia tenggelamkan kereta dekat sungai lepastu pergi kawin dekat siam? Tak paham betul aku.”

image is not available

image is not available

Apatah lagi, segala kekecohan ini dicipta olehnya dengan adik lelakinya yang bersekongkol hanya kerana mahu ke Thailand didakwa untuk berkahwin dengan wanita lain.

“Orang tak kisah pon kau nak kawin ke, nak melingkup ke, nak pergi mampos ke.. masalahnya dah menyusahkan ramai orang.. polis, bomba semua,” komen seorang individu

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, sesetengah individu berharap agar pihak-pihak yang terlibat memfailkan saman terhadap Ija kerana menimbulkan kekecohan serta telah menyusahkan ramai orang terutamanya polis, bomba dan JPAM.

Tiada kesahihan daripada pihak berkuasa lagi sama ada benar Ija melarikan diri ke Thailand untuk bernikah namun sejak dia pulang, dakwaan itu tular di media sosial dan pempengaruh tersebut menerima kritikan ramai.

Malah, beberapa komen turut mendakwa bahawa isteri Ija kini sedang berbadan dua.

Kereta bini dia plak tu. Apa kejam sangat benamkan harta isteri.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-07-19 18:12:14

"Cari Kau 4 KM Dalam Ladang Kelapa Sawit, Sampai Keluar Air Mata Jantan" - Kawan Baik Ija Nizarudin