‘Tak kisah kita gemuk ke kurus, kita lawa je’ – Cara Norreen Iman tenangkan anaknya diejek (body shaming) dipuji ramai

Entertainment
20 Dec 2023 • 12:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Personaliti media sosial dan juga selebriti Norreen Iman terkenal dengan karakter yang kelakar dan melucukan.

Setiap kali dia memuat naik apa-apa jua konten, konten tersebut meraih perhatian ramai.

Kedua-dua anaknya juga menjadi perhatian apatah lagi anak perempuannya seolah mengikut perangai atau karekter Norreen.

Satu video tular memaparkan perbualan antara Norren dan anak perempuannya juga menarik perhatian dan ramai yang memuji tindakan Norreen yang seolah mendamaikan perasaan anaknya yang pernah diejek fizikalnya (body shaming).

“Tak kisahlah kawan-kawan nak gelarkan apa, yang penting kita happy,” katanya sambil memandang sayu wajah anaknya.

Norreen meyakinkan anaknya bahawa walau macam mana bentuk fizikal sekalipun, seseorang itu perlu yakin dirinya cantik.

“Kita gemuk ke kita kurus ke, kita lawa,” katanya.

Netizen menyatakan cara komunikasi yang ditunjukkan oleh Norreen pada anaknya membuatkan anaknya berasa selesa untuk bercerita dan meluahkan perasaan yang terpendam.

Sumber: AL

View Original Article