“Tak Kritikal Kot..” – Insurans Tak ‘Cover’ Sakit Gastrik, Pesakit ‘Cabut Lari’ Dari Hospital

25 Oct 2022 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita dilaporkan telah melarikan diri dari sebuah wad hospital swasta gara-gara tidak mampu membayar bil rawatan kerana pelan insurans yang diambil tidak melindungi penyakit yang dihidapinya.

Setelah melarikan diri dan tidak dapat dikesan di kawasan hospital, jururawat pusat perubatan berkenaan telah membuat laporan polis.

image is not available

Sumber : Google  

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang memaklumkan bahawa pesakit berusia 32 tahun berkenaan telah mendapatkan rawatan di hospital terbabit sebelum dimasukkan ke wad.

Namun, pada jam 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insuransnya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan lagi meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.

Namun, jururawat bertugas mendapati pesakit berkenaan didapati tiada di wad dan juga tidak membuat sebarang pembayaran bil perubatan.

Difahamkan, wanita berkenaan cuba mendapatkan bantuan perubatan kerana mengalami sakit perut selain memaklumkan bahawa dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk ke wad.

Pemeriksaan mendapati pesakit mengalami gastrik namun syarikat insurans yang diambilnya mendakwa mereka tidak melindungi penyakit yang dihidapi wanita itu membuatkan dia keluar wad.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan sedang mengesan pesakit berkenaan. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

“Syarat Wajib Umrah Kena Berakal” - Gadis ‘Tayang’ Gambar Artis K-Pop Di Depan Kaabah Undang Kritikan Netizen