“Tak Lawak Bingai!” – Bini Rakam Suami Sumbat ‘Vape’ Dalam Mulut Bayi Undang Makian

6 Aug 2022 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum mengetahui bayi sememangnya sangat sensitif, lagi-lagi dari segi kesihatan mereka dan sebagai ibu bapa, tanggungjawab mereka adalah untuk sentiasa melindungi anak dari persekitaran yang tidak sihat.

Bagaimanapun, ibu bapa zaman kini selalu kita dapat lihat sering mengambil ringan tentang isu seperti ini dan jelas, banyak lagi perkara yang perlu di pelajari oleh mereka agar tidak terlalu mendedahkan anak kepada hal-hal negatif.

Seperti satu video tular di platform Twitter baru-baru ini, terlihat seorang pengguna memuat naik semula satu rakaman dari Insta Story yang memaparkan seorang ayah menyuapkan vape di mulut anaknya yang masih bayi.

Difahamkan juga, video terbabit dirakam oleh seorang wanita yang merupakan ahli keluarga, memandangkan dia memanggil lelaki terbabit dengan gelaran ‘abi’.

Sememangnya apa yang dilakukan oleh pasangan itu mengundang kemarahan warganet kerana jelas tindakan yang dibuat agak kurang bijak untuk dilakukan kepada bayi itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘memaki’ biarpun tahu bayi terbabit adalah anak pasangan itu, tetapi netizen beranggapan tugas sebagai ibu bapa untuk melindungi anak dan bukannya membahayakan bayi itu.

image is not available

Dalam pada itu, pengguna yang memuat naik ciapan tersebut telah pun membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya hal yang dilakukan oleh pasangan itu dikenakan tindakan selanjutnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

'Kau Kecoh! Reti Buka Aib Suami Je" - Puteri Sarah Dibandingkan Dengan Mizz Nina Pula?