Tak Layak Terima Subsidi Diesel Kalau Naik Tambang Feri

LocalPolitics
15 Dec 2024 • 10:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi amaran mana-mana pengusaha feri yang menaikkan kadar tambang untuk warga tempatan dan pelancong domestik tidak layak menerima subsidi diesel.

Menterinya, Anthony Loke berkata, beliau kesal dengan tindakan terburu-buru pengusaha feri Langkawi membuat pengumuman menaikkan kadar tambang feri hari ini.

image is not available

Pihaknya baharu saja mendapat kelulusan prinsip dari Kementerian Kewangan (MOF), Jumaat lalu untuk memberi bantuan subsidi diesel kepada pengusaha feri di pulau-pulau utama di seluruh negara termasuk Langkawi bermula 1 Januari depan.

"Saya memberi amaran kepada mana-mana pengusaha feri bahawa mereka tidak akan layak menerima subsidi diesel sekiranya mereka meneruskan tindakan menaikkan kadar tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik

"Adalah lebih baik semua pengusaha menarik balik pengumuman ini serta merta dan berunding dengan pihak Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di Facebook.

image is not available

Terdahulu, dilaporkan Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) melalui satu kenyataan memaklumkan harga tiket bagi perkhidmatan feri bagi setiap perjalanan ulang-alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi akan dinaikkan antara RM3 dan RM10.50 bermula 1 Januari ini.

Susulan amaran yang dikeluarkan, Ferry Line kini mengesahkan kenaikan tambang untuk warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025, dibatalkan.

Bagaimanapun, tambang untuk pelancong asing akan dinaikan mulai 1 Januari depan.