Tak layan isu panas, Aiman Hakim tampil segak jadi ‘cover’ majalah -“Suami pelakon jelita”

10 Jan 2024 • 9:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Aiman Hakim Ridza tampil segak apabila menjadi wajah hadapan sebuah majalah ketika namanya menjadi perbualan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Tak layan isu panas pun

Perkongsian tersebut dihujani komen pujian termasuklah perlian terhadap seorang selebriti yang baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan ‘memetik’ namanya serta isteri, Zahirah MacWilson.

Aiman Hakim tampil segak, terima pujian ramai

Aiman yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi tampil segak dengan mengenakan busana dari jenama antarabangsa dan pastinya mencuri perhatian lebih-lebih lagi kapsyen yang menyatakan dirinya adalah “suami kepada pelakon jelita Zahirah MacWilson” dan disokong ramai.

image is not available

Aiman Hakim tampil segak, suami pelakon jelita okay!

image is not available

Macam ni suami bibik?

Sebahagian netizen juga berseloroh mengatakan tidak pelik mengapa ada pihak yang ‘menggelupur’ sehingga pelbagai tohmahan dilakukan di media sosial.

Mereka juga mengatakan yang pasangan tersebut nampak serasi apabila kedua-duanya sama cantik dan sama padan.

image is not available

Sebab helok gini la orang tu tak boleh move on

image is not available

Patutla ada yang menggelupur

image is not available

 

Terdahulu, nama Aiman Hakim Ridza dan isteri menjadi topik perbualan di media sosial apabila seorang selebriti wanita mengatakan wajah Zahirah MacWilson seperti ‘bibik’ dan tidak setanding dengan dirinya.

Namun, pelakon cantik tersebut langsung tidak mengambil pusing isu kontroversi berkenaan walaupun diserang bertubi-tubi tanpa sebab di media sosial.

Zahirah kini hamil anak kedua dilihat bahagia bersama suami dan anak sulung mereka, Isaac Raees yang baru sahaja menyambut ulang tahun ketiga awal bulan ini.

Sumber: Instagram glamlelaki