Tak letak pendidikan, netizen kata ‘CV’ Baddrol Bakhtiar macam nak jadi jurulatih bola

2 Aug 2023 • 1:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar berkongsi ‘Curriculum Vitae’ (CV) mengenai biodata diri mencuri tumpuan ramai di laman Facebook rasmi miliknya.

Menerusi sebuah hantaran semalam, bekas kapten pasukan Kedah itu memuat naik sekeping CV yang turut memaparkan berhubung kerjaya dan pencapaian diraih selama ini.

Biodata saya! Selamat berkenalan penduduk Gurun

Namun begitu, Baddrol dilihat tidak menyertakan tentang maklumat kelulusan dalam bidang pendidikan seperti kebiasaan calon lain yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Seorang pengguna laman Twitter, RajaMohdShahrim mempersoalkan tahap pendidikan calon berusia 35 tahun itu menerusi satu ciapan sehingga diulang kicau sebanyak 1,507 kali dan mendapat 2,467 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen menilai CV yang dihasilkan Baddrol itu tidak ubah seperti permohonan untuk menjadi jurulatih bola sepak kerana lebih tertumpu kepada kejayaannya sebagai pemain tempatan.

Mereka berpendapat bahawa rakyat lebih memandang kelayakkan dan kesesuaian sekiranya calon yang bertanding pernah membabitkan diri dalam dunia politik.

Macam minta jawatan jurulatih

image is not available

Rahsia pendidikan ke?

image is not available

Jumlah bilangan anak lagi penting dari pendidikan?

image is not available

Dah macam parodi pun ada

image is not available

Terdahulu, Baddrol ‘dibahan’ segelintir netizen selepas enggan mendedahkan manifesto peribadi yang hanya akan dilaksanakan sekiranya kemenangan berpihak padanya.

Sumber: Twitter @RajaMohdShahrim