“Tak Logik Langsung” – Park Minyoung Dikritik Dalam ‘Marry My Husband’ Dek Hal Ini

17 Jan 2024 • 1:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sejak dari kes Park Min-young yang dikatakan ‘ditaja’ bekas kekasihnya, Kang Jong-hyun, semakin banyak isu berbangkit termasuklah mengenai drama lakonannya iaitu “Marry My Husband”.

Terbaru, satu entri di laman komuniti Korea telah tular di mana mereka mengkritik penampilan Park Min-young sebagai staf pejabat di dalam drama itu.

Kata mereka, pemakaian yang terlalu provokatif seperti dress tayang bahu adalah tidak sesuai dengan suasana formal di tempat kerja.

image is not available

Komen yang lain,

Park Min-young patut berpakaian seperti dalam ‘What’s Wrong With Secretary Kim’.

 

Kenapa dia melaram ketika parti di pejabat.

 

Siapa pakai macam ni pergi pejabat?

 

Dia tak sesuai pun pakai baju tu.

 

Bajunya nampak seperti terkoyak di bahagian bahu.

Untuk pengetahuan, “Marry My Husband” membawa kisah seorang wanita yang kembali hidup selepas dibunuh suami yang curang bersama teman baiknya.

Semua lah tak kena…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.