Tak mampu bayar pelacur, lelaki diculik & dipukul

LocalPolitics
19 Aug 2024 • 8:48 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki telah diculik oleh dua individu dari Kuala Lumpur dan dibawa ke Alor Gajah, Melaka, selepas gagal membayar pelacur yang dilanggannya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa telah dipukul sebelum dibawa lari dan dikurung di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru.

Lapor Kosmo Online, mangsa pada awalnya telah berjanji untuk membayar RM500 bagi perkhidmatan seks. Namun, selepas selesai melakukan hubungan seks tersebut, dua suspek masuk dan meminta bayaran sebanyak RM1,000 untuk diberikan kepada pelacur terbabit.

Mangsa bagaimanapun tidak mempunyai wang dan telah dipukul oleh suspek. Tidak diketahui keadaan mangsa ketika itu sama ada pengsan atau mabuk, suspek kemudian membawanya ke Melaka.

Ketika suspek yang mengawasinya sedang tidur, mangsa mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan meminta bantuan dari penduduk setempat sebelum membuat laporan polis.

Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui dadah jenis methamphetamine.

Terdahulu, tular video kejadian culik di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dikepung oleh penduduk kampung yang berjaya menyelamatkan mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved