“Tak masuk syurga wanita yang suka minta cerai tanpa sebab yang syarie” -Tok Adi

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 10:16 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

“Tak masuk syurga wanita yang suka minta cerai tanpa sebab yang syarie”

Kata-kata tersebut merupakan dialog yang dilontarkan Tok Adi, watak yang dimainkan oleh pelakon, Nasir Bilal Khan dalam drama bersiri Tanah Kubur.

Menerusi video promosi yang dibuat produk jenama makanan kambing perap popular, Tok Adi telah menegur satu pasangan yang sedang bergaduh dan isterinya dengan serta merta minta diceraikan.

image is not available

Tok Adi tegur pasangan suami isteri bergaduh

Dalam jalan cerita yang dikongsi, sang isteri dilihat kerap mengeluh dengan suaminnya yang hanya bekerja ‘biasa-biasa’ sahaja berbanding dirinya, seorang wanita bekerjaya.

Disebabkan itu, dia seakan malu mendapati suaminya hanya bekerja di kedai makanan segera sewaktu melepak dengan rakan-rakan sehingga mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga wanita itu meminta untuk diceraikan.

@pakmatwesterncafee

Inilah kisah paling meruntun jiwa , Sepanjang 10 tahun Pak Mat hasilkan Video Pemasaran #tanahkubur #nasirbilalkhan

♬ original sound - pakmatwesternhq - pakmatwesternhq

Tok Adi pesan wanita jangan suka2 minta cerai

Susulan daripada itu, Tok Adi yang kebetulan berada di situ menegur wanita terbabit dengan melontarkan dialog seakan memberi penjelasan berkenaan nafkah yang sebenar dari pihak suami kepada isteri.

“Astagfirullahalazim. Jangan suka-suka minta cerai.

“Tak masuk syurga wanita yang suka minta cerai tanpa sebab yang syarie, kalau suami dah penuhi keperluan nafkah asas.

“Kereta dan perhiasan semua, bukan nafkah,” katanya.

Berani betul dialog tu

Perkongsian tersebut sudah tentu menjadi perhatian ramai memandangkan sejak kebelakangan ini kerap berlegar-legar isu berkaitan nafkah dan penceraian yang terjadi dalam kalangan masyarakat.

Kebanyakan mereka turut terkesan dan mengakui bahawa apa yng dikatakan oleh Tok Adi ada kebenarannya lebih-lebih lagi dalah hidup berumah tangga.

image is not available

Deep betul! Mesej dan waktu sangat sesuai

image is not available

Memang ada wife yang tak reti bersyukur

image is not available

Betul kata Tok Adi tu

image is not available

Walau bagaimanapun, video promosi tersebut tiada sebarang kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia dan ia adalah satu rakaman bagi mempromosikan produk jenama tersebut.

Sekadar info, Nasir Bilal Khan memang terkenal dengan watak Tok Adi dalam drama bersiri Tanah Kubur.

Pelbagai kisah-kisah teladan pernah menjadi tontonan kita satu masa dahulu sekali gus memberi keinsafan kepada para penonton.

Sumber: TikTok pakmatesterncafe