
KUALA LUMPUR – Isu ‘cop parking’ atau menempah ruang letak kereta sering mencetuskan ketegangan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, seorang lelaki dilihat cuba menempah lot parkir kosong untuk kenalannya, walaupun ada kenderaan lain sedang memasuki ruang tersebut.
Lelaki tersebut berkeras menghalang pemandu lain masuk, menggunakan badan dan isyarat tangan untuk menahan kenderaan.
“Puasa pun kena layan perangai orang macam ni juga ke?” tulis pengguna dalam ruangan kapsyen.
@aida.ereena Puasa ni bang nak kena layan perangai ko pulak ek
Bagaimanapun, pemandu berkenaan tetap memasuki ruang parkir secara perlahan sehingga lelaki itu akhirnya beredar.
Tindakan berani pemandu itu mendapat pujian kerana mempertahankan haknya dan mengingatkan orang ramai tentang pentingnya mematuhi undang-undang serta adab di tempat awam.
Netizen juga menekankan kepentingan memasang kamera dashcam, yang bukan sahaja membantu merakam situasi sebegini tetapi boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku perbuatan khianat. -MYBERITA
