“Tak Mudah..” – Para Ahli Minta Lee Kwangsoo & Song Joongki Kembali Ke ‘Running Man’

Music
2 Apr 2024 • 10:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sedar tak sedar, rupanya “Running Man” dah pun mencecah episod ke-700 tak lama lagi!

Dalam satu siaran langsung istimewa, para ahli telah muncul dengan menggunakan AI untuk berbincang pelbagai perkara bersama peminat yang setia menanti. Antara topik perbualan mereka ialah mengenai sistem tetamu sewaan sebagai ganti kepada pencarian ahli baru,

Kami bukannya tak mahu. Kami sudah memulakan sistem sewaan tetapi tiada yang datang menawarkan diri.

Antara nama calon yang disebut mereka ialah Shin Ye-eun, Lee Kwang-soo, Kang Hoon, Cha Tae-hyun, Hong Jin-ho, Jonathan, Jo Se-ho, Kang Ho-dong dan lain-lain. Yoo Jae-suk, yang bertemu dengan Lee Kwang-soo dalam program hiburan lain baru-baru ini berkata,

Saya bertanya kepadanya ‘Kenapa kamu tidak muncul di Running Man?’ Dia menjawab dengan tertawa, ‘Apa yang kamu cakapkan, hyung?’

image is not available

Dia kemudian menambah,

Kami juga suka Jennie. Hoshi, Sung Si-kyung, Noh Hong-chul, dan Lee Hyori juga baik. Ia tidak mudah tetapi boleh dicuba.

Para ahli juga menyebut mengenai Song Joong-ki,

Joong-ki tolonglah datang sekali je. Dia sudah menjadi bintang terkenal. Apabila Joong-ki terajui naskhah baru, apa kata kita panggil dia datang sekali je.

Korang nak ahli mana yang datang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.