“Tak Nak Dan Tak Akan” – Marissa Dania Enggan Lakukan Perkara Ini Walaupun Dipaksa

Entertainment
20 Feb 2024 • 11:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Lagi cerita Marissa Dania, fuh panas betul anak Norman Hakim dan Abby Abadi sejak kebelakangan ini kan?

Jika sebelum ini Marissa mencuri tumpuan kerana mengaku introvert dan mendedahkan wajah tanpa mekap. Kali ini, gadis berusia 19 tahun ini dipuji kerana malu-malu ketika disuruh menari.

Dalam satu video pendek, jenama baju terkenal merakam aksi di sebalik tabir di mana Marissa enggan dan tidak akan menari walaupun dipaksa.

Dia hanya menggerakkan tubuh secara lembut ketika muzik dimainkan sehingga rakan model yang lain ketawa kecil.

Di ruangan komen, netizen berpendapat Marissa sebagai bekas pelajar sekolah agama semestinya mempunyai rasa malu di dalam diri.

image is not available

Namun, netizen lain memerli secara halus mengaitkan dengan isu kontroversi penyondol yang melandanya baru-baru ini.

image is not available

Kredit: Instagram leeyanarahman.co

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.