“Tak Nak Jawab Ni, Saya Tak Suka Orang Kpop – Tular Video Seller ‘Meroyan’ Di Live TikTok

LocalEntertainment
8 Feb 2025 • 3:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
seller tiktok

Tular di aplikasi X, rakaman video daripada sesi live TikTok mendakwa peniaga tidak profesional ketika bekerja.

Seller dikatakan tiba-tiba ‘meroyan’ enggan membaca komen pengguna TikTok yang menggunakan gambar profil artis Korea meskipun menunjukkan minat untuk membeli baju yang dijual.

Situasi itu membuatkan pengguna TikTok berkenaan terasa hati kerana kenyataan yang dilemparkan terlalu kasar untuk diterima.

“Saya tak suka orang K-Pop!’ – Host live TikTok

Bukan itu je, dia turut menegaskan bahawa dirinya mempunyai ‘kuasa’ untuk mute akaun individu tersebut supaya tidak dapat meninggalkan komen di siaran langsungnya.

Dikecam kerana hina peminat K-Pop

image is not available

Kenyataan seller itu telah mencetuskan kemarahan netizen, lebih-lebih lagi apabila dia mengeluarkan kata-kata yang melabel peminat K-Pop sebagai ‘tidak cantik’.

Sehingga artikel ini ditulis, ciapan yang memaparkan klip video tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan di platform X (dahulunya Twitter).

Rata-rata netizen berpendapat bahawa sebagai seorang peniaga, dia seharusnya lebih bersikap terbuka dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pelanggan.

#ApaKataOhmedia

Seorang peniaga hendaklah bersifat profesional meskipun pernah mempunyai pengalaman pahit dengan peminat Kpop.

Lagi pula, adalah tidak wajar untuk melabel semua peminat Kpop berperangai serupa kerana ianya bergantung kepada individu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: X jencheoll | Beautifulnara


The post

appeared first on

.