“Tak Nak Sia-Siakan Perkahwinan 22 Tahun” – Edika Yusof & Isteri Dalam Proses Perbaiki Hubungan

LocalFamily & Parenting
6 Aug 2025 • 1:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon berpengalaman, Edika Yusof, menjadi tumpuan apabila muncul khabar bahawa dia dan bekas isteri, Nor Hidayah Yusri, kini sedang berusaha memperbaiki semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 5 Mei lalu.

Pasangan yang sudah 22 tahun mendirikan rumah tangga itu mengesahkan sedang mencari jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan bersama. Menurut Hidayah, fokus utama kini adalah kepada perniagaan dan usaha memperkukuh apa yang telah dibina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Edika pula berkata mereka mengambil pendekatan matang dalam menghadapi krisis rumah tangga, dengan harapan untuk rujuk demi kebaikan bersama.

Kami dah mulakan buku ni, jadi biarlah kami habiskan sama-sama.

Dia turut memaklumkan bahawa tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan anak-anak yang sedang melanjutkan pelajaran.

Untuk makluman, penceraian difailkan Hidayah pada Februari lalu, dan kini mereka sedang melalui proses rujuk mengikut undang-undang dalam tempoh idah.

image is not available 2025-07-29 10:08:28

Edika Yusof Muat Naik Gambar Bersama Bekas Isteri, Netizen Doa Kembali Bersatu