Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, meluahkan rasa sedih apabila adiknya itu menyatakan kesediaan untuk dipenjara.
Dalam satu episod podcast Parti MUDA, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah berkongsi perasaannya yang sukar digambarkan, apabila mendengar sendiri tekad adiknya menghadapi kemungkinan dipenjara dalam kes yang sedang dihadapinya.
“Dia cakap dia sudah bersedia kalau kena masuk penjara walaupun saya dengan dia banyak perbezaan. Saya tak nak tengok adik saya masuk penjara. Lainlah kalau dia bersalah, saya dah kenal Saddiq untuk jangka masa yang sangat lama dan bila saya tengok orang yang jujur jadi macam ni saya sedih,” katanya dengan nada sebak.
- Langganan makin merosot, iklan semakin kurang, prestasi saham Astro makin membimbangkan
- Nak pahala berganda? Beri duit raya dalam bulan Ramadan
- Jualan biskut raya My Pride IPPM catat jualan RM1 juta
- Main mercun tanpa kebenaran boleh didenda atau penjara – KPN
- Lembu termahal di dunia dijual dengan harga RM18.8 juta, pecah rekod Guinness
Sebagai pencipta kandungan, Syed Abdullah turut menzahirkan keyakinannya bahawa rakyat, terutama pengundi di Muar, masih bersama adiknya. Katanya, masyarakat boleh menilai sendiri sama ada Saddiq benar-benar menjalankan amanah atau tidak.
“Kamu kena ingat, semua orang sentiasa ada beri sokongan kepada awak. Dan saya pasti rakan di Muar juga dapat nilai sendiri. Mereka di Muar sendiri menjadi bukti adakah dia seorang yang bertugas kepada rakyat atau tidak,” jelasnya.
Walaupun terpaksa menerima kenyataan pahit, Syed Abdullah tetap berbangga dengan perjuangan dan usaha yang ditunjukkan adiknya selama ini.
“Saddiq, saya sayang kamu sebab kamu telah berikan perubahan pada dunia dan kamu sahaja ada kebolehan yang mampu untuk mengubahnya,” luahnya penuh emosi.
Luahan ikhlas itu menyentuh hati ramai netizen yang menonton podcast tersebut. Rata-rata mendoakan agar Syed Saddiq terus kuat dan diberi keadilan sewajarnya.
The post ‘Tak nak tengok adik saya masuk penjara’ – Abang Syed Saddiq appeared first on The Reporter.



