Tak Pasal-pasal Jadi Duta, Pemuda Minta Sunting Gambar Suasana Merdeka Buat Ramai Terhibur

LocalEntertainment
15 Sep 2024 • 9:30 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Tak Pasal-pasal Jadi Duta, Pemuda Minta Sunting Gambar Suasana Merdeka Buat Ramai Terhibur

Setiap kali mengambil gambar, tentu ada ada sahaja objek atau latar belakang yang menyakitkan mata kita, kan? Nak mencari pemandangan yang cantik bukanlah satu perkara yang mudah.

Kadangkala, momen ini hanya datang secara spontan sahaja, nak tak nak kita perlu mengambil gambar tanpa perlu memikirkan hasilnya.

Situasi ini sering berlaku dalam suasana atau majlis yang berada di luar kawalan kita. Apabila tiada pilihan, kita terpaksa menggunakan aplikasi canggih untuk menyunting gambar tersebut, membuang benda yang tidak perlu.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mudah khusus buat mereka yang tidak biasa melakukan kerja ini. Apatah lagi, terdapat pelbagai peralatan (tool) yang disertakan fungsinya tersendiri.

Perkara sama yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook, Saiful Saizri mengenai gambar yang diambilnya sewaktu sambutan kemerdekaan negara baru-baru ini.

Ni je sempat berswafato…

Dalam hantaran tersebut, dia memaklumkan tidak berkesempatan mengambil gambar bersama kontinjen bomba sewaktu perarakan Hari Kebangsaan ke-67 minggu lepas.

Hanya gambar bersama anggota polis sahaja yang sempat diambil sebagai kenangan.

Foto tersebut memaparkan Saiful bersama dua anggota polis yang bertugas ketika Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 bertempat di Dataran Putrajaya.

Jadi, dia memohon ihsan warganet untuk menyunting latar belakang gambarnya agar kelihatan lebih menarik.

Sel-sel otak berhubung netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tak gering gusi melihat hasil-hasil kreativiti komuniti ahli kumpulan Facebook berkenaan.

Dari rakyat, muncul pula sebagai pihak berkuasa, sekejap berswatoto dengan ahli politik dan banyak lagi. Berikut antara gambar yang disunting;

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

image is not available
Gambar: Facebook Edit Apa Hari Ni?

“Harap abang bersedia dengan segala hasil edit ya,” seloroh seorang pengguna.

“Jujur tak tahan tu,” seloroh seorang pengguna lagi.

“Lawak betul korang ni,” komen seorang pengguna.

https://www.facebook.com/groups/1345304215887047/posts/2069425963474865

Sumber: Saiful Saizri via Facebook Edit Apa Hari Ni?