“Tak Pasti Ular Atau Naga” – Wanita Dakwa Tempat Rekreasi Air Terjun Ada ‘Penunggu’ Ular Besar, Ramai Netizen Percaya?

19 Jul 2022 • 12:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di aplikasi TikTok tular satu video mengenai perkongsiaan seorang wanita yang mempunyai kelebihan untuk melihat hal-hal ghaib ataupun difahamkan sebagai ‘hijab terbuka’ mendakwa terdapat ‘penunggu’ di sebuah kawasan reakreasi air terjun.

Menurut wanita terbabit, tanpa disangka dia telah merakam seekor ular yang amat besar di kawasan air terjun yang dikunjungi olehnya itu.

Dia berkata pada siapa-siapa yang ‘hijabnya’ terbuka, pasti akan dapat lihat makhluk yang dilihat olehnya itu dan dia berkata, tidak pasti sama ada ia adalah ular besar ataupun naga.

Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut sempat memberi pesanan kepada orang ramai yang mengunjungi kawasan reakreasi air terjun terbabit untuk berhati-hati kerana risau dipukau dengan kecantikannya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen mempercayai apa yang diperkatakan oleh wanita berkenaan dan bersetuju kerana mempunyai kelebihan yang sama seperti wanita itu.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

“Wujud Unsur Gharar” - Viral Peniaga 'Cedok-Cedok' Di TikTok, Ramai Netizen Tak Tahu Sebenarnya Haram