‘Tak Patut Sentuh Soal Agama’ – Ean & Adam Fly FM Mohon Maaf Kaitkan Solat Dengan Konten Bola Sepak [Video]

LocalEntertainment
27 Nov 2026 • 12:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

‘Tak Patut Sentuh Soal Agama’ – Ean & Adam Fly FM Mohon Maaf Kaitkan Solat Dengan Konten Bola Sepak [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penyampai radio Fly FM, Ean Nasrun serta Adam Raqeem tampil memohon maaf gara-gara konten solat mendoakan pasukan Manchester United (MU) memenangi perlawanan bola sepak menentang Sporting CP ketika aksi Liga Juara-Juara UEFA 2026.

Satu Kesilapan Yang Serius, Kami Tak Sepatutnya Guna Agama Sebagai Konten – Ean

Ean dalam satu hantaran di akaun Instagram Fly FM hari ini berkata mereka mengakui telah melakukan kesilapan dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Kami tak cuba lari dari masalah ini dalam apa jua cara malah peminat telah menegur kami. Netizen rasa kecewa dengan kami. Terima kasih kerana menegur sebab kami tahu, kami tidak sepatutnya menggunakan agama sebagai konten.

“Kami tahu itu, dan kami betul-betul mohon maaf. Ini tidak sepatutnya menjadi konten dan seperti yang saya cakap, kami sekali lagi berterima kasih kerana bersuara dan menegur kerana ia satu kesilapan yang serius,” katanya.

Tambah Ean, dia memahami sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan konten yang dimuat naik itu.

Gagal Guna Platform Stesen Radio Dengan Sebaiknya Untuk Menghiburkan Orang Ramai – Adam

Sementara itu, Adam berkata dia dan Ean telah diberikan platform tersebut untuk menghiburkan orang ramai, namun gagal menunjukkan contoh yang baik susulan konten tersebut.

“Saya dan Ean diberkati dengan kerja ini dan diberi platform untuk menghiburkan rakyat di negara ini jadi sudah tentu ini bukan contoh yang baik tentang cara betul bagi menggunakan platform (stesen radio),” katanya.

‘Fly FM Patut Fokus Kepada Kandungan Hiburan, Jangan Sentuh Soal Agama’ – Nazri Noran

Dalam video sama, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran yang ada bersama mereka dalam konti segmen Fly FM pagi ini turut menegur Ean dan Adam kerana menjadikan solat sebagai konten di media sosial.

Jelasnya, sebagai penyampai stesen radio, tugas mereka adalah untuk menghiburkan para pendengar.

“Solat merupakan satu ibadah dan tidak sepatutnya dijadikan bahan kandungan. Kita sebagai orang dewasa sepatutnya lebih memahami perkara ini.

“Memang bagus apabila seseorang menunaikan solat, tetapi tidak perlulah menjadikannya sebagai sebahagian daripada kandungan. Fly FM sepatutnya fokus kepada kandungan hiburan sahaja kerana itu kerja kamu (Ean dan Adam).

“Perkara lain biarkan ia di luar konteks. Jangan sentuh agama dalam perkara ini,” tegurnya.

Jangan Jadikan Solat Sebagai Konten – Nazri

Tegasnya, dia, Ean dan Adam perlu bertanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukan dan memastikan bahawa perkara sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Kalau kamu nak tunaikan solat, itu mengagumkan. Kita semua tak sempurna di sini. Pada akhirnya, kita hanya seorang manusia. Kita di sini untuk tunaikan tanggungjawab masing-masing, itu antara kamu dan Tuhan. Tetapi untuk orang lain, jadikan (solat) sebagai konten, tidak. Jangan sesekali buat begitu,” tegurnya.

Bertanggungjawab Atas Kesilapan, Ean Akur Dengan Segala Tindakan Yang Akan Diambil

Jelas Ean, dia akur dengan segala tindakan yang bakal diambil ke atas dirinya dan Adam kerana menyedari insiden ini telah mengguris hati ramai pihak dan konten seperti itu tidak sepatutnya dilakukan.

View this post on Instagram

A post shared by We Flyest (@weflyest)

Sebelum ini, rakaman Ean dan Adam yang sedang bersolat berserta kapysen, “Praying for Manchester United” mengundang teguran netizen.

Netizen beranggapan bahawa kedua-dua penyampai radio tersebut tidak menjaga sensitiviti agama.

“Kebebasan berkarya & Bersuara Tak Sesekali Halalkan Tindakan Mempersendakan Ritual Ibadah” – Dr Zulkifli Hasan

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menerusi satu kenyataan pagi tadi turut menasihati pengamal media serta pencipta kandungan agar sentiasa peka terhadap sensitiviti keagamaan dan mematuhi garis panduan penyiaran yang ditetapkan.

Ini bagi memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Kebebasan berkarya dan bersuara tidak sesekali menghalalkan tindakan mempersendakan ritual ibadah atau menyentuh perkara asas akidah yang boleh mengundang kemarahan serta menggugat ketenteraman awam.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan stesen radio berkenaan digesa untuk segera memastikan pihak terlibat menurunkan kandungan tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam, dan memastikan perkara seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan,” kata Dr Zulkifli Hasan.

View on Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved