Tak Payah Keluar Modal, Ini Cara Mudah Luruskan Hujung Karpet Yang Terkepak

Home & Living
25 Oct 2023 • 6:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Tak Payah Keluar Modal, Ini Cara Mudah Luruskan Hujung Karpet Yang Terkepak

Hampir setiap rumah pastinya mempunyai karpet sebagai hiasan untuk menaikkan lagi seri ruang dalaman rumah. Lazimnya, karpet atau permaidani ini dihamparkan di ruang tamu atau di dalam bilik tidur.

Pun begitu, pasti ramai antara kita yang sedar bahawa pada bahagian hujung bucu karpet seringkali ‘terkepak’. Lebih-lebih lagi jika karpet itu telah disimpan (digulung) dalam tempoh yang lama sebelum mahu digunakan kembali.

Tentunya timbul masalah ini dan ia sentiasa merungsingkan fikiran ibu-ibu di rumah. Apatah lagi, isu karpet terkepak ini boleh mengundang bahaya kepada sesiapa sahaja.

Sebagai contoh, orang yang lalu-lalang berisiko tersadung dan tercedera akibat hujung karpet yang terangkat ini.

Meskipun sesetengah karpet masih dalam keadaan baik, kadangkala ada sebahagian mereka buntu dan mengambil pendekatan untuk membeli karpet baharu.

Sebenarnya ada cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini dan tidak perlu membazir duit untuk sebidang karpet yang baharu.

Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan cara mudah untuk ‘meluruskan’ kembali masalah karpet terkepak menerusi perkongsian seorang pemilik akaun TikTok @julespitch di bawah.

Cara Mudah Luruskan Karpet Terkepak

image is not available
Gambar: TikTok @julespitch

Dalam video berdurasi 38 saat itu, wanita tersebut menjelaskan langkah meluruskan kembali karpet yang sering terkepak dengan mudah.

Peralatan yang diperlukan adalah kain basah dan seterika.

Cara-Cara

1. Ambil kain basah atau lembap, letakkan pada bahagian atas bucu karpet yang terkepak.

image is not available
Gambar: TikTok @julespitch

2. Panaskan seterika, dan gosok bucu karpet di atas kain basah yang dilapik seperti biasa.

image is not available
Gambar: TikTok @julespitch

3. Setelah beberapa waktu mengosok bahagian tersebut, angkat kain lembap dan lihat bucu karpet kembali lurus seperti biasa.

image is not available
Gambar: TikTok @julespitch

Kenapa Tak Boleh Gosok Je Secara Terus?

image is not available
Gambar: TikTok @julespitch

Alasan mengapa karpet tidak boleh digosok secara terus oleh seterika kerana boleh mengakibatkan permukaan karpet ‘cair’ dan melekat pada permukaan seterika.

Semoga bermanfaat.

@julespitch

Tiada lagi yang ada tersadung punca bucu carpet terkepak Selamat mencuba! #tipsdapur #tipskemasrumah #tipsrumahbersih #petua

♬ SWIPE – ALYPH

View Original Article