“Tak Payah Terlalu Ikut Trend, Tak Perlu..” – Scha Alyahya Didik Dua Anak Perempuan Untuk Tidak Terlalu Bersolek Kerana Masih Muda

EntertainmentBeauty
3 Feb 2025 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Scha Alyahya memilih untuk mendidik dua anak perempuannya untuk mengutamakan penjagaan kulit wajah berbanding memakai solekan sejak usia muda.

Scha, atau nama penuh Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya, menyatakan bahawa beliau mengambil berat tentang fenomena penggunaan mekap dalam kalangan kanak-kanak.

image is not available

Di samping itu, aktres berusia 42 tahun itu mengakui bahawa membesarkan anak perempuan adalah satu cabaran besar.

Dalam pada itu, Scha mendedahkan bahawa anak sulungnya, Lara Alana yang kini berusia 11 tahun, sudah mulai menunjukkan minat terhadap alat solekan setelah melihat rakan-rakannya memakai kosmetik.

@majoritiofficial

Selebriti Scha Alyahya menyifatkan trend kanak-kanak bermekap tidak seharusnya dipraktikkan kerana kulit wajah mereka masih belum matang. Pada masa sama, bimbang bahan-bahan kimia terdapat dalam produk kosmetik berisiko menjejaskan kondisi kesihatan kulit kanak-kanak. Justeru, ibu kepada Lara Alana, 11, dan Lyla Amina berusia 4 tahun itu sentiasa menggalakkan anak-anaknya lebih mementingkan penjagaan kulit seperti penggunaan pelindung matahari. #mayamajoriti #majoriti #beritaditiktok #schaalyahya

? original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Sebagai seorang ibu yang berpegang kepada nilai-nilai tradisional, Scha menasihati Lara agar tidak tergesa-gesa untuk memakai solekan, lebih-lebih lagi memandangkan kulit wajahnya masih belum matang dan perlu dibiarkan dalam keadaan semulajadi tanpa gangguan bahan kimia yang tidak diketahui.

image is not available

Tambahnya lagi, Scha ingin menanamkan rasa keyakinan diri dalam diri anaknya tanpa mengharapkan perubahan fizikal yang terlalu ketara.

Walau bagaimanapun, Scha menyatakan bahawa minat anak-anak terhadap mekap adalah perkara yang biasa berlaku ketika mereka membesar, dan beliau melihatnya sebagai sebahagian daripada proses perkembangan mereka.

image is not available

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita letak dekat muka kita. Tetapi, tidak salah pun selagi kita tahu apa yang kita pakai. Biar mekap itu tampak minimum. Tak payah terlalu nak ikut trend.

Sekadar info, Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal Ashaari pada 4 May 2012. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Ditanya Mengenai Status Hubungan Dengan Emma Maembong, Ini Respon Bersahaja DJ Kidd