Tak Payah Tunggu Kenduri Kahwin, Jom Makan Nasi ‘Pengilan’ Di Kerencheng Metrocity

5 Aug 2022 • 5:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau dah lama sangat tak pergi kenduri tu, bolehlah singgah makan nasi minyak di Kerencheng!

Tak Payah Tunggu Kenduri Kahwin, Jom Makan Nasi ‘Pengilan’ Di Kerencheng Metrocity. Apa itu nasi pengilan? Pengilan bermaksud kenduri di dalam bahasa melayu Sarawak, jadi nasi pengilan ini membawa maksud nasi kenduri.

Kalau anda rindu dan mengidam sangat nak makan nasi minyak tapi takde orang di sekeliling yang kahwin lepastu diri sendiri pun masih single, jangan risau di sini anda boleh menikmati nasi pengilan atau kenduri yang memang rasa seperti berada di kenduri Kahwin!

image is not available
Tak Payah Tunggu Kenduri Kahwin, Jom Makan Nasi ‘Pengilan’ Di Kerencheng Metrocity. Kredit gambar: Kerencheng

Menu istimewa nasi pengilan di sini adalah salah satu menu yang anda mesti cuba! Biasanya, waktu pengilan atau kenduri, menu yang akan dihidangkan adalah nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, sayur campur dan dilengkapkan dengan cakeni nenas.

image is not available
Kredit gambar: Kerencheng

image is not available
Kredit gambar: Kerencheng

Namun, lauk nasi pengilan di sini bukannya ayam masak merah, daging masak hitam, sayur campur dan cakeni nanas sahaja, anda boleh pilih lauk lain seperti kari kambing, kari daging, sambal sotong, acar timun, ayam goreng berempah dan banyak lagi!

image is not available
Kredit gambar: Maryam Ahmad Halawah

image is not available
Kredit gambar: Kerencheng

image is not available
Kredit gambar: Kerencheng

Set kambing kiak kaong

Kalau anda asyik makan nasi pengilan atau kenduri di perkahwinan kawan sahaja tahun ini (diri masih single), anda boleh cuba menu kegemaran orang ramai di Kerencheng iaitu set kambing kiak kaong mereka. Ramai yang sudah cuba dan sangat berpuas hati dengan menu ini.

Menu lain seperti mi kolok, mi jawa, laksa Sarawak dan banyak lagi juga boleh didapati di sini. Jadi tunggu apa lagi jom singgah di Kerencheng, Metrocity!

Lokasi: Metrocity Matang, Kuching (berhadapan Restoran Ocha).

Lagi di sini: