"Tak Pelat Pulak Ya!" - TikToker Dikecam, Mulut Ringan Mencarut Takut Naik Flying Fox

Entertainment
26 Oct 2022 • 3:16 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Antara platform media sosial yang menjadi tumpuan di seluruh dunia ketika ini sudah tentunya TikTok! Pelbagai konten tersedia yang menanti pengguna. Cuma perlu skrol dan nikmati.

Disebabkan TikTok juga, lahirnya influencer atau content creator yang baru! Disebabkan jumlah pengikut yang besar, ada juga yang melabel TikToker ini sebagai selebriti.

Bila dah dilabel sebagai seorang yang terkenal, setiap tingkah laku mereka pasti menjadi buah mulut netizen. Itu yang berlaku kepada TikToker terkenal Ratu Farah Diva.

@xtra_my Replying to @sharethesamebraincell Ratu oh ratu, takut benar ya sampai macam macam carutan terkeluar 😳😱 #fyp #xtramy #ratu #mencarut #kecam #over #flyingfox #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound - XTRA

Menerusi video yang dimuatnaik, menunjukkan Ratu Farah Diva sedang bersedia untuk mencuba flying fox. Ketika persediaan sebelum berlepas, yang menjadi perhatian netizen adalah kata-kata yang keluar dari mulut TikToker Tersebut.

Bagi netizen, apa yang diucapkan itu tidak wajar ditontonkan dan mencalar imej seorang gadis melayu yang bertudung. Dia takut sangat tu sampai tak sedar. Moga dia terima teguran dari netizen!