Tak Pentingkan Wang, Gadis Kazakhstan Terima Saja Lelaki Malaysia Bergaji RM3000 Sebulan

LocalEntertainment
1 Oct 2024 • 12:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular seorang gadis dari Kazakhstan mendedahkan dirinya terima saja lelaki Malaysia yang bergaji RM3000 sebulan untuk berkahwin dengannya dan memulakan kehidupan berkeluarga.

Menerusi satu hantaran di TikTok, annaspstory telah memuat satu naik video memaparkan gadis bernama Darya sedang ditemu bual oleh seorang lelaki dipercayai dari Malaysia.

Gadis Kazakhstan terima lelaki Malaysia bergaji RM3000

@annaspstory

How Much Do You Need to Earn Per Month to Marry a Kazakhstan Girl?..

♬ original sound – MR PRODUCER SP – MR PRODUCER SP

Menurut Darya, dia mempunyai rakan dari Kazakhstan bekerja di Malaysia dengan gaji RM3,000 dapat hidup dengan baik di negara ini disamping turut menyatakan warga dari negaranya tidak mementingkan wang.

“Saya rasa Rm3,000 sudah cukup. Saya kenal beberapa pelajar dari Kazakhstan yang belajar di Malaysia dan mereka dah tamatkan pengajian tahun lepas. Gaji RM3,000 sebulan cukup sahaja untuk mereka.

“Wang tak penting buat mereka. Mereka hanya mencintai antara satu sama lain,” katanya.

image is not available

Apabila ditanya mengenai dirinya, Darya berkata buat masa sekarang dia sedang mencari jejaka idamannya, kemudian barulah dia tentukan jumlah gaji yang cukup buat dirinya.

“Saya sedang mencari lelaki idaman saya dan selepas itu barulah saya tentukan berapa gaji yang mencukupi buat saya. Tapi RM3,000 cukup untuk kehidupan yang baik,” ujarnya.

Sebaik mendengar jawapan dari Darya, lelaki yang menemu bual gadis itu berseloroh mahu berkahwin dengannya dan mahu bertemu dengan ibu gadis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata yang meninggalkan komen adalah kaum lelaki yang menyuarakan kegembiraan dan kesediaan mereka untuk berkahwin dengan Darya.

Hi Darya, gaji saya RM4,000, Jom….

image is not available

Hi Darya!

image is not available

Sikit lagi nak cukup untuk dapatkan Darya

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang kurang bersetuju dengan kenyataan gadis dari Kazakhstan itu kerana RM3,000 sahaja tidak mencukupi buat rakyat Malaysia.

Bukan senang nak kahwin dengan orang Kazakhstan

image is not available

RM3,000 cukup duduk Kodiang je

image is not available

RM3,000 tu pendapatan rendah dah sekarang

image is not available

RM3,000 lagi?

image is not available

Haih, ramainya lelaki gatal dalam komen…..

Sumber: TikTok annaspstory