Tak perlu bangkitkan isu! Zahid Hamidi akan jumpa Kor Ming -“Dia kawan saya..”

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 4:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung peletakan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan ketika berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi BN itu berkata, kenyataan sedemikian mungkin dianggap wajar sekiranya parti terbabit berada dalam blok pembangkang, namun situasinya berbeza apabila semua pihak kini bersama-sama menerajui kerajaan.

“Kalau kita dalam pembangkang, mungkin kenyataan itu kita boleh anggap sebagai kenyataan yang seharusnyalah. Tetapi kalau kita sama-sama dalam kerajaan, tak perlulah perkara-perkara begitu dibangkitkan,” katanya.

Image from: Tak perlu bangkitkan isu! Zahid Hamidi akan jumpa Kor Ming -“Dia kawan saya..”

Ahmad Zahid yang mengulas perkara itu berkata, beliau tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan dan akan mengambil pendekatan untuk menyelesaikannya secara baik.

“Tak apalah, saya akan jumpa dia, dia kawan saya,” ujarnya, hari ini.

Mengulas hubungan antara parti komponen Kerajaan Perpaduan selepas kemenangan besar BN di PRN Johor, Ahmad Zahid menegaskan kerjasama di peringkat Persekutuan kekal berada dalam keadaan baik dan profesional.

“Sangat-sangat baik. Tadi saya pun berjumpa dengan kawan-kawan lain pun, kita profesional.
“Sebenarnya kita berada di Kerajaan Perpaduan, Menteri dan Timbalan Menteri kita berada di dalam situasi yang sangat kondusif.
“Kita bergerak sebagai satu pasukan dalam Kerajaan Perpaduan ini secara profesional. Itulah harapan kita sebab kita telah berjanji bahawa kita berada di dalam Kerajaan Perpaduan ini sehingga akhir penggal,” katanya.

Image from: Tak perlu bangkitkan isu! Zahid Hamidi akan jumpa Kor Ming -“Dia kawan saya..”

Beliau berkata, realiti hubungan antara parti yang membentuk kerajaan ketika ini adalah lebih baik berbanding persepsi yang sering timbul dalam kalangan masyarakat.

Artikel lain: Letak jawatan? Kor Ming pertahan pendirian, jelaskan jika Najib dibebaskan

Menurut Ahmad Zahid, semua pihak perlu terus mengamalkan pendekatan profesional bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

Sementara itu, menyentuh persiapan BN menghadapi PRN Negeri Sembilan, beliau berkata formula yang bakal digunakan akan disesuaikan mengikut keadaan politik dan demografi negeri berkenaan.

“Ini bukan sekadar calon, tetapi situasi di Negeri Sembilan tentunya berbeza, sebab jumlah kerusinya juga berbeza. Dan demografi kependudukan dan kepengundian juga berbeza.
“Maka formulanya tentu harus disesuaikan dengan situasi politik di Negeri Sembilan. Kita akan umumkan calon-calonnya pada minggu ini lah,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Hafiz Ithnin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved