"Tak Perlu Bawa Lesen & Tampal Cukai Jalan!" - JPJ Ke Arah Pendigitalan

10 Feb 2023 • 10:27 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Nampak gayanya mulai hari ini, rakyat Malaysia dah tak perlu tidak perlu lagi memaparkan lesen kenderaan motor (LKM atau cukai jalan) pada kenderaan masing-masing sebaliknya menggunakan mod paparan digital.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif pendigitalan itu diperkenalkan bertujuan mengatasi isu pelekat LKM yang kerap rosak dan bermasalah sebelum ini.

image is not available

Beliau berkata, orang awam boleh mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi mobile MyJPJ menerusi App Store, Play Store dan Huawei App Gallery.

Seiring dengan langkah pendigitalisasian tersebut, Lesen Memandu Malaysia (LLM) Persendirian juga akan turut beralih ke platform digital bermaksud pemegang lesen selepas ini tidak lagi perlu membawa kad fizikal lesen mereka ketika memandu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved