Tak Perlu Beratur Panjang, Guna Cara Ini Beli Tiket ETS

LocalTravel
11 Feb 2026 • 1:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan penyediaan sebanyak 12,600 tiket tambahan bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Langkah tersebut diambil bagi menampung permintaan tinggi sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Jualan tiket tambahan tersebut hanya melibatkan sektor KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral.

Selain itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menawarkan 7,344 tiket tambahan bagi perkhidmatan EMU Plus untuk laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang dan balik dengan lebih selesa.

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket ETS tanpa perlu beratur panjang di kaunter, ikuti langkah mudah yang SK kongsi di bawah.

Cara Beli Tiket ETS Dalam Talian

  1. Log masuk laman sesawang https://online.ktmb.com.my/

    image is not available
  2. Pilih stesen berlepas di bahagian "Origin", dan stesen ketibaan di bahagian "Destination".

    image is not available
  3. Pilih tarikh berlepas di bahagian "Departure date". Jika anda ingin membeli tiket dua hala, anda boleh terus pilih tarikh untuk tiket perjalanan pulang di bahagian "Return date".

    image is not available
  4. Jika perjalanan anda sehala, tekan "I am travelling one way".

image is not available
  • Tetapkan jumlah tiket yang ingin dibeli di bahagian "Pax".

    image is not available
  • Tekan "Search".

  • Pilih waktu perjalanan bagi tarikh berlepas. Tekan "Pick Seats".

    image is not available
  • Pilih koc tersedia.

    image is not available
  • Pilih tempat duduk yang anda inginkan.

  • image is not available
  • Tekan "Confirm seats".

    image is not available
  • Pilih waktu perjalanan bagi tarikh perjalanan pulang. Tekan "Pick Seats".

  • Pilih koc tersedia.

    image is not available
  • Pilih tempat yang anda inginkan.

    image is not available
  • Tekan "Confirm seats".

  • image is not available
    Baca juga:
  • Selepas selesai, tekan "Proceed to passenger details".

    image is not available
  • Anda perlu mengisi maklumat peribadi di bahagian "Passenger Details".

  • Selepas selesai, tekan "Proceed to payment".

    image is not available
  • Periksa maklumat tiket sebelum memilih pelan insurans perjalanan di bahagian "KITS Passenger Takaful Plan (KPTP)".

    image is not available
  • Selepas selesai proses pengesahan, tekan "Proceed to payment".

  • Anda akan diminta untuk mengesahkan pembelian Takaful. Tekan "Yes. I want to purchase Takaful" jika anda ingin meneruskan pembelian KPTP, "No. I don't want to purchase Takaful" jika tidak mahu meneruskan pembelian KPTP.

    image is not available

  • Selepas itu, pilih jenis pembayaran yang anda mahu. Pastikan anda sudah memeriksa semua maklumat peribadi dan perjalanan yang tertera.

    image is not available
  • Pembelian selesai selepas pembayaran dibuat.