Tak perlu beratur panjang, mudahnya tukar duit raya di mesin, ini senarai ATM Maybank, Ambank & Affin Bank

13 Apr 2023 • 12:54 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Tak perlu beratur panjang, mudahnya tukar duit raya di mesin, ini senarai ATM Maybank, Ambank & Affin Bank

ADUHAI malasnya nak beratur panjang semata-mata nak tukar duit raya kan? Memang kena berurusan kaunter untuk tujuan tersebut.

Namun kini tidak lagi… anda hanya perlu ke mesin Mesin juruwang automatik (ATM) untuk menukar duit raya bernilai RM10 dan RM50.

Mudah dan cepat!

Bagi tahun 2023 ini, terdapat beberapa pilihan mesin ATM yang menyediakan perkhidmatan tukar duit raya.

Antara ATM yang menyediakan perkhidmatan ini adalah Maybank, Ambank dan Affin Bank.

Berikut kami kongsikan cara membuat penukaran duit raya dan senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan ini.

i) ATM Maybank

Menurut perkongsian Mohd Shukur di Facebook;

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.

4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan.

Not kertas yang disediakan : RM10 & RM50

Berikut senarai ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya di mesin ATM bagi tahun 2023.

image is not available image is not available

Info lanjut, sila nantikan pengumuman khas dari pihak Maybank : https://www.maybank2u.com.my/

image is not available

ii) Ambank ATM duit raya RM10

Sempena sambutan Hari Raya yang hampir tiba, suka cita diumumkan bahawa wang kertas RM10 kini tersedia untuk pengeluaran di ATM tertentu di seluruh Malaysia.

Senarai ATM Ambank;

image is not available

 

Not kertas yang disediakan : RM10

Maklumat lanjut: https://www.ambankgroup.com/

iii) Affin Bank

Terdapat sejumlah 109 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai ATM raya yang bernilai RM10 dan RM50.

Senarai ATM Affin Bank;

image is not available image is not available image is not available

Tarikh : Sehingga kehabisan stok

Not kertas yang disediakan : RM10 & RM50

Untuk maklumat lanjut, sila nantikan pengumuman khas dari pihak Affin Bank melalui laman web rasmi : https://www.affinalways.com/

Semoga bermanfaat dapat membantu anda semua untuk mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk membuat penukaran wang kertas.

Jom tukar duit raya! Selamat hari raya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.