“Tak Perlu Cakap, Saya Dah Tahu” – Uyaina Arshad ‘Makan Hati’ Ditegur Makin Berisi Lepas Bersalin

8 Nov 2022 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad telah membuat sesi soal jawab menerusi ruangan ‘Ask Me Question’ di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran di IG Stories, ada segelintir pengikut yang bertanyakan mengenai perubahan bentuk badan selepas melahirkan putera sulungnya, Raja Urhan.

Susulan itu, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah meluahkan rasa sedih dan mengakui mengalami kesukaran menurunkan berat badan.

image is not available

Menurut Uyaina, walaupun sudah genap 2 bulan bersalin dia mengakui bentuk badannya mengalami banyak perubahan semasa mengandung sehingga sekarang.

Ye, berat saya naik. Tak perlu untuk beritahu, saya dah tahu. Dan saya sedang cuba untuk turunkan berat badan.

Jelasnya lagi, setiap orang pasti sedar sepenuhnya tentang apa jua kekurangan fizikal yang mereka hadapi sepeti berat badan, tinggi, mahupun tona kulit.

Saya rasa sangat tak sopan untuk menegur fizikal seseorang. Jangan sapu garam ke dalam luka. Semua orang bertarung dengan perkara yang kita tidak tahu.

Dalam pada itu, Uyaina menitipkan kata-kata semangat buat para ibu untuk terus menyanyangi tubuh badan mereka walaupun dengan segala perubahan yang dialami.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon bukan sahaja daripada orang ramai malah rakan-rakan artis.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

"Tak Sedap Diam Je!" - Michael Ang Kecam 'Influencer' Reviu Kedai Makanan Tak Kena Selera, Ibarat Tutup Periuk Nasi