Tak Perlu Ke Amerika Syarikat, Aoora Jadi Kegilaan Di India Dengan Video ‘Mashup’ Lagu Korea Dan Hindi

Music
10 Nov 2022 • 5:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram Aoora

Bintang K-pop, Aoora mungkin tidaklah sehebat Blackpink atau BTS yang telah pun melakar nama dalam industri muzik di Amerika Syarikat. 

Namun, percaya atau tidak, bekas anggota kumpulan AA dan COMSMAN ini memang sedang viral dan menjadi kegilaan di India. 

Ia disebabkan kreativiti yang dimilikinya apabila berjaya menyatukan lagu-lagu Bollywood dalam rentak lagunya. 

Terbaharu, rapper yang juga penulis dan komposer yang bernaung di bawah agensi syarikat IIgonggipal dan Billion DC ini telah menghasilkan video mashup lagu Bollywood, 'Bolo Ta Ra' daripada Dalkeh Mehendi dengan lagunya 'Run'.

Tak hanya itu, Aoora turut menghasilkan video-video mashup lagu band K-pop, BTS dengan lagu Hindi. Hampir kesemua video yang dihasilkannya itu berjaya meraih respons yang luar biasa daripada peminat-peminat K-pop di India.  

Apa yang menarik, kebanyakan peminat India dilaporkan seronok melihat cara Aoora melayan lagu-lagu Hindi yang penuh groovy.

Bijak sungguh Aoora. Dia telah membuktikan bahawa untuk berjaya, tidak perlulah pergi jauh sampai ke Amerika Syarikat untuk menawan industri muzik secara global. 

Dengan hanya menawan negara India, Aroora sudah berjaya menembusi pasaran yang besar di negara yang berjuta-juta penduduk itu. Daebak! - Getaran, 10 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved