Tak perlu ke sekolah jika ada simptom HFMD

6 Aug 2022 • 5:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Kanak-kanak yang mempunyai simptom penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) tidak perlu dikuarantin sehingga disahkan dijangkiti virus itu. Pengamal perubatan, Dr Ahmed Kamarulzaman berkata, bagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai simptom itu tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu mendapatkan rawatan segera. “Tak perlu terus kuarantin, akan tetapi jangan pergi ke sekolah jika mempunyai simptom seperti ruam, muntah dan cirit-birit tolong terus pergi ke klinik terdekat untuk dapatkan rawatan," katanya dalam sesi siaran langsung program #KekalSihat di TikTok. Menurut Dr Ahmed lagi, kontak rapat kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom HFMD juga tidak perlu menjalani kuarantin sehingga mendapat pengesahan doktor. Dr Ahmed turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya lebih peka dengan keadaan semasa anak-anak dan perlu membawa mereka mendapatkan rawatan secepat mungkin jika mempunyai simptom HFMD. Dalam sesi siaran langsung itu, Dr Ahmed turut berkongsi HFMD merupakan virus yang bukan hanya menjangkiti kanak-kanak sebaliknya golongan dewasa juga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved