‘Tak perlu nasihat Hussain, ayahnya figura hebat industri seni’

Entertainment
30 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tak perlu nasihat Hussain, ayahnya figura hebat industri seni’

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Zaki Yamani menafikan hubungan dengan sepupunya yang juga peserta Big Stage Rocketfuel bermasalah seperti didakwa segelintir pihak sebelum ini.

Pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, itu berkata, hubungannya dengan Hussain, 23, berada dalam keadaan baik dan memilih untuk tidak berkongsi mengenainya dalam media sosial.

“Sebenarnya hubungan dengan Hussain okey saja. Saya sokong dia atas hubungan persaudaraan tetapi memilih untuk tidak menghebohkan kepada umum.

“Saya pun rapat dengan adik dia. Jadi, sekarang semua ada rezeki masing-masing.

“Kami tidaklah selalu berhubung tetapi saya sentiasa menyokongnya cuma saya tidak kongsi kepada umum saja,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan gala filem Tiket Sehala di sini, semalam.

Dikatakan tidak bersalaman dengan bapa saudaranya iaitu penyanyi Jamilul Hayat, Zaki memakumkan perkara tersebut tidak pernah berlaku.

“Saya salam! Sebenarnya dakwaan tersebut salah sebab ketika program tengah rehat, Pak Hayat (Jamilul) keluar, saya ikut sekali dan salam dia selain bertanya khabar.

“Hubungan kami okey saja, tidak seperti spekulasi netizen itu,” katanya lagi.

Mengulas mengenai populariti mencanak yang diraih Hussain ketika ini, dia berbangga dengan pencapaian perjalanan seni naib juara Talk To My Manager musim kedua itu.

Dia bahkan percaya Jamilul memberi banyak nasihat dan tip kepada Hussain dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni ketika ini.

“Itu rezeki dia dan saya tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut.

“Saya rasa tak perlulah untuk beri nasihat kepada Hussain sebab ayahnya pun merupakan antara figura yang hebat dalam industri seni suatu ketika dahulu.

“Jadi, biarlah dia menjalani karier seninya ketika ini,” ujarnya.

Sementara itu, dia juga merupakan salah seorang pelakon filem Tiket Sehala arahan Rahila Ali yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos depan.

Selain Zaki, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd. itu turut dibintangi Noki K-Clique, Ainee Mustafa, Jaa Suzuran dan Sharifah Sakinah. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tak perlu nasihat Hussain, ayahnya figura hebat industri seni’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved