Tak perlu pakai mixer, mudahnya buat kek coklat moist jimat tanpa telur, susu & mentega

Cooking
27 Feb 2023 • 1:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Tak perlu pakai mixer, mudahnya buat kek coklat moist jimat tanpa telur, susu & mentega

BILA sebut kek coklat, pasti terbayang rasanya yang enak, lembut dan mengasyikkan. Kena pula yang moist tu kan aduhai sedapnya!

Pastinya kek coklat lembap atau moist chocolate cake ni antara kek yang paling digemari ramai.

Sedap dinikmati ketika minum petang atau sarapan pagi, kek coklat moist ni rupanya senang sahaja dibuatnya.

Bagi yang ingin mencuba, ini resipi kek coklat lembut, lembap dan mudah kerana dibuat tanpa telur, susu atau mentega, sangat cepat dan senang disediakan.

image is not available
Krediti foto: Zai Nun Dasuki

Kata pemilik resipinya, Zai Nun Dasuki, bagi kek ini dibakar seperti muffin, boleh juga diletakkan ke dalam loyang.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, sehingga kini resipi itu telah mendapat hampir 3,000 shares, ada yang telah mencuba dan berjaya mendapat kek coklat moist yang sedap.

Bolehlah lepas ni ibu-ibu cuba buat kek hari lahir sendiri bersama anak-anak, boleh hias macam-macam yang diinginkan kan. Seronok juga tu.

Bahan-bahannya;

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cwn air suam
  • *2 sudu kecil Nescafe( letak lagi sedap)

 

Cara membuatnya;

1. Gaul semua bahan kering, lepas tu campur dengan bahan basah, gaul dengann sudu atau sudip tak perlu pakai mixer.

2. Bakar pada 180 c , selama 30 minit.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber: Zai Nun Dasuki

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

View Original Article