‘Tak perlu rasa insecure, saya bukan ancaman’ – Tegas Sophia Albarakbah kepada para isteri pelakon lelaki

Entertainment
21 Oct 2023 • 9:24 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon Sophia Albarakbah menegaskan kepada para isteri pelakon lelaki yang digandingkan dengannya bahawa, mereka tidak perlu berasa tidak selamat (insecure) kerana dia hanya sekadar menjalankan tugasnya.

Menurut pemenang Aktres Filem Popular ABPHBH35 itu, perasaan ‘insecure’ itu tidak patut wujud kerana dia bukannya ancaman.

“Tak perlu rasa ‘insecure’, saya hanya menjalankan tugas. Saya wanita biasa dan manusia normal.

“Namun semua itu terpulang kepada pendirian masing-masing. Tiada yang perlu diulas lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

image is not available

image is not available

Jelas Sophia, dia tidak akan mencampuradukkan urusan kerjanya dengan hal peribadi. Malah sentiasa bersikap profesional ketika menjalankan tanggungjawabnya.

“Saya memang profesional apabila bekerja. Jadi, tak perlu nak rasa takut atau bimbang sebab saya bukan ancaman pun.

“Pada akhirnya, semuanya mengenai kepercayaan terhadap pasangan masing-masing,” katanya.