Tak perlu simpati, anak Rita Rudaini tak pernah menangis hidup tanpa ayah

EntertainmentOpinion
24 Jan 2025 • 7:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak Rita Rudaini

Anak sulung kepada aktres Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin meminta orang ramai berhenti menunjukkan simpati berkaitan isu tidak merasai kasih sayang daripada seorang ayah.

Tegas Rayyan, dia dan adiknya, Airit Qada Arjuna tidak pernah terkesan dengan perkara tersebut kerana sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa kehadiran insan itu.

Anak Rita Rudaini

@ritarudainifc

Soalan fofularrr masa live..korg pon.. Kamonn arrr..Diorg dh hadapp bebelas tahun dah.. #alahbisategalbiasa #ritarudaini #airits #ritarudainifc

♬ original sound - RitaRudainiFC OFFICIAL - RitaRudainiFC OFFICIAL

“Tak payah kasihan. Rayyan duduk dekat rumah mana ada hari-hari menangis. Ada pernah nampak Rayyan menangis? Tak pernah pun nampak.

“Kita sudah biasa. Sudah berapa juta kali dengar, sudah muak! Itu (baca komen) memang dah biasa. Tak terkesan pun.

“Ia tidak langsung memberi kesan kepada saya,” katanya menerusi sebuah siaran langsung di TikTok ibunya bersama pengikut, baru-baru ini.

Anak Rita Rudaini

image is not available

Rayyan berkata demikian selepas menjawab pertanyaan daripada seorang pengikut yang meluahkan rasa kasihan kerana dua beradik itu tidak dapat berjumpa dengan ayah mereka, Aidil Zafuan.

Bukan itu sahaja, Rita Rudaini kerap menitipkan nasihat kepada dua orang anaknya mengabaikan komen-komen netizen yang membangkitkan isu berkaitan ayah mereka.

Ujar Rita, dia telah mendidik serta mengajar anak-anaknya untuk terus menjadi kuat menghadapi kecaman netizen.

image is not available

“Mummy ajar Rayyan dan Arjuna tahan kecaman, kan? Tahan dengar dan baca komen, kan?

“Macam mereka (netizen) cakap kesian dekat Rayyan dengan Arjuna tak jumpa bapa. Kesian tak?,” ujarnya.

image is not available

Sekadar info, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan cahaya mata Rita Rudaini dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan yang merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Namun begitu, perkahwinan yang dibina pada Disember 2008 tidak bertahan lama apabila mereka sah bercerai pada 5 September 2013.