Isu mengenai kerosakan enjin kereta yang baharu saja dibeli oleh seorang wanita menjadi perhatian ramai apatah lagi timbul isu gula yang didakwa punca kepada kerosakan enjin kereta tersebut.
Isu ini turut dilihat menjadi berlarutan apabila kedua-dua pihak berbalas kenyataan.
Bagaimanapun, isu ini juga diambil peluang oleh sesetengah individu untuk menarik perhatian ramai tertumpu dengan gambar satira yang dibuat.
Menerusi satu hantaran, kereta Proton Saga ‘diiklankan’ dengan menayangkan tempat boot kereta yang luas sehingga mampu memuatkan peket gula dengan kuantiti yang banyak.

“Tak perlu susah-susah nak letak gula di enjin sampai rosak sedangkan ‘boot’ kereta-kan luas.
“Malas nak kira berapa banyak gula boleh letak dalam ‘boot’ Saga. Yang pesti lebih dari 1 dan enjin tak akan rosak,” tulis hantaran itu.
Namun begitu, sindiran tajam itu dibalas netizen dengan komen sebaliknya. Netizen turut mempertikaikan keupayaan kereta keluaran Proton dan menyenaraikan masalah yang dihadapi mereka.



Sumber: Proton Saga MC2 2022
The post ‘Tak perlu susah nak letak gula di enjin, boot kereta kan luas’ – Individu ambil kesempatan promote kereta Proton, tetapi dibidas netizen appeared first on The Reporter.

