Tak Perlu Susah Payah, Ini Cara Mudah Ikat Ais Krim Guna Penyangkut Berbentuk ‘S’

Cooking
7 Aug 2023 • 6:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Tak Perlu Susah Payah, Ini Cara Mudah Ikat Ais Krim Guna Penyangkut Berbentuk ‘S’

Sebagai anak Malaysia, semestinya kita tahu mengenai kewujudan ais krim Malaysia yang dahulunya menjadi pilihan makanan ringan dalam golongan kanak-kanak.

Pelbagai perisa yang dijual antaranya yang paling disukai ramai adalah milo, asam boi, sirap, choki-choki dan lain-lain perisa.

Sungguhpun ia dijual dengan harga yang murah namun kelazatan yang diberi adalah bersifat nostalgik di mana pembeli akan teringat kepada kenangan lama selepas memakannya.

Pun begitu, dengan ekonomi yang semakin mencanak naik, harga ais krim tersebut juga meningkat dari semasa ke semasa.

Kalau dahulunya, ais krim itu hanya dijual dengan harga sen, seperti 20 sen dan 30 sen. Makin lama, harga itu makin menaik kepada 50 sen dan hari ini ia boleh didapati dengan harga RM1.50 atau ke atas.

Sekiranya ais krim itu susah untuk didapati di kawasan perumahan, tidak salah untuk kita membuatnya di rumah.

Namun mesti ramai yang memilih untuk tidak membuat ais krim disebabkan cara untuk ‘mematikan’ ikatannya agak leceh, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak pandai untuk mengikatnya.

Mudah sahaja, dengan hanya menggunakan satu bahan ini, ais krim pasti tidak akan tumpah dan kendur.

Mari ikuti langkah yang dikongsikan oleh Cik Orkid di Facebook, yang menggunakan penyangkut besi berbentuk ‘S’.

Cara ikat ais krim guna penyangkut besi berbentuk ‘S’

Yang pertama, tegakkan penyangkut besi berbentuk ‘S’ dan lipat dua supaya ada lubang di bahagian tengah.

image is not available
Kredit: Cik Orkid/Facebook

Kemudian, gulung hujung ais krim yang ingin diikat itu supaya ia memudahkan cara untuk mengikat.

Seterusnya, letakkan besi di bahagian hadapan antara hujung ais krim dan bawa hujung ais krim itu di bahagian depan kanan.

image is not available
Kredit: Cik Orkid/Facebook

image is not available
Kredit: Cik Orkid/Facebook

Bawa hujung ais krim itu ke belakang dan masukkan lebihan itu di dalam lubang penyangkut itu.

image is not available
Kredit: Cik Orkid/Facebook

Langkah seterusnya adalah menarik penyangkut itu ke atas supaya ikatan ais krim itu ketat.

image is not available
Kredit: Cik Orkid/Facebook

Kemudian, keluarkan penyangkut ‘S’ itu tadi dan gunting lebihan pengikat ais krim itu.

image is not available
Kredit: Cik Orkid/Facebook

Dan siap untuk diletakkan dalam peti sejuk.

Lebihan itu dibuat kerana memudahkan orang yang memakan ais krim tersebut.

Selepas ini, tidak perlu gunting untuk memakan ais krim itu tetapi hanya perlu tarik saja lebihan ikatan tersebut.

Selamat mencuba.

Sumber: Cik Orkid/Facebook