Tak Perlu Terbang Jauh! Malaysia Pun Ada Jepun & France Kalau Nak Bercuti Dengan Pasangan

LocalTravel
4 Feb 2026 • 2:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setuju atau tidak, bercinta atau hidup berdua sekarang ni pun perlukan modal yang banyak.

Malah ada seorang pengguna Threads sebelum ini pernah membuat kira-kira di mana seorang lelaki yang jenis ‘provider’ mungkin boleh menghabiskan sehingga RM40,000 setahun demi kepuasan kekasihnya.

Kalau dapat pasangan jenis yang memahami memang rezeki, tapi kalau dapat yang sebaliknya, faham-faham lah. 

Maka pilihan yang ada adalah: 

  • Kekal single
  • Cari pasangan baru (ok gurau!)
  • Jadi kreatif dan gunakan duit dengan cara yang betul

Jadi kalau pasangan anda seorang yang boleh dikategorikan sebagai peminat hardcore negara Jepun atau Perancis dan selalu sangat sebut nak ke sana, jangan panik! Sebenarnya tak perlu berbelanja besar termasuk beli tiket flight mohon cuti tahunan lama-lama atau muat turun berduyun-duyun aplikasi semata-mata nak merancang percutian yang romantik.

Sebabnya.. Perancis dan Jepun pun ada di Malaysia. Tapi versi minilah. Cuma ianya mencukupi untuk rasai vibe dia.

Di kawasan berbukit di Banjaran Titiwangsa terletaknya Bukit Tinggi, sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang tenang di Bentong, Pahang. Dengan ketinggian 800 meter dari paras laut, suhu di Bukit Tinggi adalah sekitar 22°C hingga 26°C.

Di sini, anda akan dikelilingi pemandangan bukit serba hijau, dataran luas, sungai yang jernih serta ladang dan kebun buah-buahan. Diringkaskan suasananya sangat sesuai untuk berjalan berdua, atau sekadar menikmati udara segar bersama. Tidak hairanlah Bukit Tinggi sering menjadi pilihan untuk:

  • Percutian romantik
  • Sambutan ulang tahun
  • Soft launch partner baru
  • Atau mungkin juga menyelamatkan hubungan 

Yang menariknya, kerajaan Malaysia suatu masa dahulu pernah mempertimbangkan untuk menjadikan Bukit Tinggi sebagai pusat pentadbiran kerajaan sebelum akhirnya memilih Putrajaya. Malah, pernah timbul cadangan untuk membangunkan Bukit Tinggi bagi mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur. Agak luar biasa, bukan?

image is not available
(Kredit: New Straits Times/Google Books)

Tip penting: Rancang trip anda, elakkan peak season, musim perayaan dan sebagainya kerana trafik di lebuh raya PLUS lebih lancar, pengguna pun tidak terlalu ramai, privasi lebih terjaga, dan vibe nak berdua pun pun jauh lebih menyenangkan. Waktu yang disarankan ialah sebelum musim Tahun Baharu Cina atau sejurus sebelum atau selepas musim Hari Raya.

Hentian Pertama: Colmar Tropicale

image is not available
Kredit: FB/ Colmar Tropicale Resort

Colmar Tropicale ialah sebuah resort bertemakan perkampungan Perancis yang terletak di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi.

Ia diinspirasikan daripada Colmar, sebuah bandar di wilayah Alsace, Perancis, yang terkenal dengan rumah kayu berwarna-warni, istana, laluan berbatu, serta seni bina Eropah klasik yang dipengaruhi gaya Perancis dan Jerman.

Colmar versi Malaysia ini berjaya menghidupkan vibe, seolah-olah anda sedang meneroka dua budaya Eropah serentak. Estetika di zaman pertengahan pun ada. Penuh budaya, sangat eksklusif, dan pastinya romantik.

Fun fact: Idea pembinaan Colmar Tropicale dikatakan tercetus selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat bandar itu di Perancis pada waktu itu.

Buat anda yang tidak tahu, bangunan-bangunan unik dan cantik yang anda lihat di sana sebenarnya adalah bilik hotel serta kemudahan-kemudahan yang lain. Jadi apa kata cuba bermalam dan rasakan suasana perkampungan Perancis dengan pelbagai aktiviti seperti:

  • Bersiar-siar di kawasan sekitarnya
  • Bergambar di sekitar air pancut, jambatan dan terusan
  • Bersantai di kafe dan restoran yang selesa
  • Menikmati pemandangan tanah tinggi 

Atau meneroka tarikan berdekatan dengan perkhidmatan shuttle, termasuk:
– Taman botani
– Menunggang kuda
– Taman arnab
– Padang golf

Dengan jumlah tarikan yang ada, anda hanya perlu datang dan luangkan masa sehabis baik bersama orang tersayang.

Hentian Kedua: Japanese Village

image is not available
Kredit: FB/ Colmar Tropicale Resort, Berjaya Hills

Ok selesai dengan Perancis! Sekarang apa kata terokai pula mini Jepun versi Malaysia di Japanese Village. 

Secara asasnya Japanese Village juga adalah sebahagian dari Colmar Tropica dan ia merupakan antara taman bertema Jepun terawal yang dibina jauh dari negara Matahari Terbit itu.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke Japanese Village, suasana terasa lebih perlahan. Serius tenang dan damai seolah-olah anda berada dalam filem keluaran Studio Ghibli. Nak pengalaman yang lebih autentik? Apa kata sewa kimono sambil bersiar-siar di sana. 

Oh ya di sini, anda boleh menikmati Jepun seperti:

– Taman berkonsep Zen
– Tanglung batu binaan suci Jepun
– Kolam ikan koi
– Rumah teh Jepun yang indah
– Spa berkonsep Jepun
– Patung tangan Buddha emas yang memegang bunga teratai, melambangkan tuah dan kemakmuran

Suasananya yang damai dan romantik sememangnya sesuai untuk pasangan yang mahukan ketenangan dan momen berdua yang penuh bermakna.

Hentian Akhir: Makan Durian bersama di Karak

image is not available

Selesai meneroka vibe Eropah dan Jepun, jangan lupakan aktiviti penutup acara iaitu makan durian! Apa kata singgah di Rimba by DKing yang terletak di Karak. Tak lengkap rasanya jika tak jamah durian.

Buat penggemar durian, di sini anda boleh menikmati bufet durian dengan pilihan popular seperti D24, Tekka dan Duri Hitam yang bukan hanya dalam bentuk buah segar, malah ada yang digoreng, dijadikan cendol, kek, tempoyak serta banyak lagi!

Tips Bonus: Memandu Sambil Berjimat

Akhir sekali, satu tip berguna untuk pasangan yang gemar berjalan atau ber-’road trip’. Manfaatkan setiap kilometer anda di Lebuhraya PLUS dengan mengumpul mata ganjaran PLUSMiles. Ia boleh ditebus menerusi aplikasi PLUS. untuk makanan, snek dan minuman di hentian R&R PLUS.

Muat turun aplikasi PLUS di App Store atau Play Store, pandu dengan santai, dan nikmati ganjarannya.

Tonton video di bawah dan mula merancang percutian romantik anda ke Perancis dan Jepun versi Malaysia:

View this post on Instagram

A post shared by TRP (@trpmsia)