Tak Perlu Terbang Ke Langkawi Untuk Coklat, Shouq Shoppe Menanti Anda Di Putrajaya!

TravelFood
20 Aug 2023 • 7:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ramai tidak tahu Putrajaya juga ada menempatkan syurga coklat!

Sebut sahaja syurga coklat di Malaysia, pasti ramai sepakat mengatakan bahawa Langkawi adalah destinasi paling tepat. Selain itu, ada juga segelintir penggemar coklat menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi yang turut menyediakan pelbagai pilihan coklat. Selain dua lokasi ini, ada lagikah syurga coklat yang boleh anda senaraikan?

image is not available
Kedai coklat Shouq Shoppe menempatkan pelbagai jenis manisan coklat dari dalam dan luar negara

Ramai yang tidak tahu, tapi Putrajaya ada jawapannya! Wilayah Persekutuan ini sebenarnya memiliki kedai coklat terbesar di Lembah Klang, dikenali sebagai Shouq Shoppe yang menempatkan pelbagai jenis coklat dari dalam dan luar negara.

image is not available
Salah satu sudut coklat Hershey’s

Menariknya, premis seluas 11,000 meter persegi ini bukan sekadar untuk membeli coklat, tetapi turut membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman bergambar dan mengenali sedikit sebanyak sejarah Putrajaya. 

Memasuki pintu utama, anda akan disambut replika bar coklat gergasi dan sudut coklat yang besar. Ini adalah satu permulaan yang menarik untuk anda berootd! Selepas itu, pengunjung akan dibawa masuk untuk melihat beberapa gambar dan informasi menarik.

image is not available
Replika kawasan Tasik Putrajaya

Antara yang menjadi perhatian penulis ialah replika kawasan Tasik Putrajaya, untuk sesiapa sahaja yang tidak pernah melihat bentuk muka bumi di sekitar tasik berkenaan.

image is not available
Replika Pejabat Perdana Menteri

Bukan itu sahaja, replika Pejabat Perdana Menteri turut tersedia bersama meja dan kerusi untuk orang ramai bergambar.  Petugas kedai memaklumkan, setiap sudut replika ini menyamai bilik Perdana Menteri yang sebenar. Jadi bolehlah anda duduk di kerusi tersebut dan berangan menjadi Perdana Menteri buat seketika! 

image is not available
Putrajaya dalam suasana 'glow in the dark'

Di hujung perjalanan sebelum sampai ke bahagian coklat, anda akan menyaksika pemandangan Putrajaya dalam suasana glow in the dark. Sejujurnya penulis sendiri terkesima dengan paparan lukisan berwarna-warni yang sangat cantik dan bercahaya dalam suasana gelap.

image is not available
Puluhan jenis coklat disediakan di Shouq Shoppe Putrajaya

Sejurus masuk sahaja ke bahagian coklat, anda boleh melihat puluhan jenis coklat disediakan di rak daripada yang biasa sehinggalah premium. 

Mungkin anda biasa melihat coklat seperti Daim, Cadbury, Nutella dan seumpamanya di pasaran, tetapi tarikan utama di sini ialah jenama premium buatan tempatan yang tersangat lazat, antaranya Fidani dan Milton & Farells.

image is not available
Coklat perisa durian musang king jenama lokal, Danson

Selain itu, ada juga coklat berperisa durian musang king jenama Danson, juga buatan tempatan.

Paduan rasa coklat susu dan durian membuatkan coklat ini begitu enak dan unik. Ini ialah antara senarai coklat wajib cuba di sini!

Untuk penduduk di sekitar Lembah Klang khususnya ibu negara, tidak perlu lagi bersusah payah terbang ke Langkawi atau memandu jauh ke KLIA hanya untuk mencari coklat idaman anda. 

Di Shouq Shoppe, anda sudah boleh mendapat kepuasan dan coklat di sana pasti berbaloi. - Getaran, 20 Ogos 2023

Gambar : Izwan Ramlan dan Azlan Hadi Abu Bakar

View Original Article