Tak Perlu Tunggu Berbulan, Permohonan Poligami Di Melaka Kini Siap Dalam 21 Hari!

LocalPolitics
28 Apr 2025 • 4:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Masyarakat Islam di Melaka yang ingin berpoligami tak perlu tunggu berbulan lagi apabila kerajaan negeri telah mempercepatkan urusan dengan memberi kelulusan yang boleh diperoleh dalam masa 21 hari sahaja.

image is not available

Tak perlu tunggu berbulan lagi nak dapat kelulusan

Memetik laporan dari Bernama, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, memaklumkan langkah ini adalah hasil pembaharuan kerajaan negeri dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka.

“Sekiranya permohonan poligami ini dibuat dan mencukupi semua syarat, dalam tempoh 21 hari, dapat kelulusan untuk berpoligami.

“Kalau dulu sampai berbulan-bulan, tapi sekarang kita buat penambahbaikan (apabila permohonan boleh diluluskan) dalam tempoh 21 hari, dengan syarat dokumen lengkap,” katanya.

image is not available

Tak perlu tunggu berbulan macam sebelum ini

Dalam pada itu, beliau yang bercakap kepada media di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memilih jalan singkat dengan berkahwin secara sindiket kerana ia boleh menyusahkan di kemudian hari.

Beliau juga mennyatakan bahawa pernikahan secara sindiket amat sukar untuk didaftarkan dan memberi impak kepada anak-anak apabila tidak dapat dibinkan dengan nama bapa.

“Akhirnya anak-anak ini akan susah untuk bersekolah dan juga bekerja pada masa akan datang. Jadi, janganlah sama sekali nikah secara sindiket,” tegasnya.

image is not available

Tahun lalu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menyatakan hampir 300 pasangan dari Malaysia telah bernikah di Selatan Thailand secara sah dan berdaftar di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.

Walau bagaimanapun, angka tersebut menurun sebanyak 40% susulan penutupan sempadan yang dilakukan pada Disember tahun lalu.

Sumber: Bernama