
Zaman sekarang, keselamatan rumah bukan lagi sekadar pasang grill pintu, install CCTV murah beli online atau berharap jiran sebelah boleh tolong tengokkan bila kita tiada di rumah.
Dengan kehidupan yang makin sibuk, ramai antara kita mahukan satu solusi yang mudah, mampu milik dan paling penting, boleh beri ketenangan fikiran bila tiada di rumah.
Pantau rumah dengan Unifi Home Shield
Unifi kini memperkenalkan Unifi Home Shield, solusi smart home monitoring all-in-one yang membolehkan pengguna memantau rumah dan ahli keluarga serta haiwan peliharaan dari jauh menerusi aplikasi Unifi Smart Home.
Menariknya, sistem ini hadir dengan 7 hari cloud storage tanpa kos tambahan. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku sehari dua sebelum ini, pengguna masih boleh semak semula rakaman tersebut.
Bukan itu sahaja, rakaman penting juga boleh disimpan dan dimuat turun terus ke telefon melalui aplikasi Unifi Smart Home. Mudah kalau nak simpan momen tertentu atau semak kembali situasi yang berlaku di rumah.
Pantau rumah dengan lebih tenang
Lebih praktikal, pengguna akan menerima notifikasi segera sekiranya terdapat pergerakan atau individu dikesan. Jadi walaupun berada di pejabat, bercuti atau sedang keluar membeli barang, rumah masih boleh dipantau dengan lebih tenang.
Unifi Home Shield juga sesuai untuk keluarga yang risau tentang keselamatan anak-anak, warga emas di rumah, pemantauan pembantu rumah, kawasan kejiranan yang kurang selamat atau risiko rumah ditinggalkan tanpa pengawasan.
Baru-baru ini viral di laman sosial satu video daripada seorang lelaki yang berkongsi kejadian aneh di rumahnya.
Saluran TV di rumahnya tiba-tiba tertukar sendiri ketika dia dan rakan sedang menonton bola. Saluran ditukar beberapa kali membuatkan dia dan rakan pelik dan tertanya-tanya.
Rupanya, selepas melihat semula CCTV dari Unifi Smart Home, ‘dalang’ sebenar adalah isterinya sendiri.
Ini mungkin contoh yang kelakar tapi bayangkan jika rumah dipecah masuk, tiada ciri keselamatan pula dipasang, pastinya mengundang kerugian lebih besar.
Serendah RM129 sebulan
Paling penting, semua ciri ini diuruskan oleh Unifi. Pengguna tak perlu pening kepala fikir soal pemasangan, tetapan peranti, waranti atau sokongan teknikal.
Ini kerana ia hadir dengan pemasangan profesional, sokongan pelanggan 24/7 dan jaminan seumur hidup selagi langganan aktif.
Dari segi nilai, pakej ini juga menarik kerana ia digabungkan bersama pelan Unifi Home. Pakej hero menawarkan Unifi Home 300Mbps bersama Unifi Home Shield Essential Pack pada harga RM129 sebulan.
Pilihan lebih mudah untuk rumah lebih selamat
Maksudnya, pengguna bukan sahaja mendapat internet rumah berkelajuan 300Mbps, tetapi turut menikmati peranti smart home, aplikasi Unifi Smart Home, video cloud storage, on-site support serta perkhidmatan end-to-end daripada pemasangan hingga pengendalian waranti.
Untuk mereka yang tidak mahu pening dengan sistem keselamatan DIY, Unifi Home Shield boleh jadi pilihan yang lebih mudah, selamat dan sesuai dengan gaya hidup moden.
Dapatkan pelan Unifi Home Shield bersama Unifi Home di unifi.com.my/smarthome.
The post Tak Perlu Tunggu Jiran WhatsApp, Kini Rumah Boleh Dipantau Terus Dari Telefon appeared first on Oh! Media.
