“Tak Perlu Tunjuk Orang, You Dah Tua Takkan Tak Tahu Hukum” – Peluk Suami Waktu Zikir, Netizen Tegur Abby Abadi Tayang Kemesraan

Entertainment
27 Apr 2023 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Solat berjemaah antara suami isteri sememangnya sangat digalakkan kerana bukan sahaja Allah suka tetapi juga menambahkan kemesraan pasangan itu.

Bagaimanapun, video dimuat naik oleh pelakon Abby Abadi bersama suaminya baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang beberapa individu.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Abby memuat naik rakaman ketika dia dan suami sedang berzikir dan berdoa selepas selesai menunaikan solat.

Namun, kemesraan Abby yang memeluk suaminya dari belakang sambil beribadah itu membuatkan mereka mengkiritknya kerana dianggap tidak sesuai.

Segelintir individu tersebut berkata seharusnya kemesraan antara suami dan isteri tidak perlu ditunjukkan dan dimuat naik di media sosial.

Dalam pada itu, Abby sendiri sempat membalas salah satu komen daripada seorang individu dan berkata apa yang ditunjukkan itu tidaklah melampau.

Menurut Abby, jika mahu menegur atau mengkritik lebih baik mereka ini tegur pelakon lelaki dan wanita yang berpegangan tangan dan berpelukan.

image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, ramai yang mendoakan kebahagiaan Abby dan suami selain ada yang mengakui berbuat perkara yang sama dengan suami mereka, berpelukan selepas solat.

image is not available 3 bulan lalu

"Isu Saya Dan Norman Tak Pernah Selesai" - Abby Abadi Minta Netizen 'Move On' Dari Kisah Curang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved