Tak Pernah ‘Bersama’ Sepanjang Kahwin, Suami ‘Kantoi’ Jalin Hubungan Dengan Lelaki Lain

12 Jul 2022 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hati wanita mana saja yang tidak hancur apabila perkahwinan bersama suami tercinta tidak berkekalan selepas mengetahui si suami menjalin hubungan dengan orang lain.

Seperti kisah seorang wanita ini apabila mengetahui si suami menjalin hubungan dengan orang lain dan lebih menyakitkan, orang ketiga itu berjantina lelaki.

Kisah ini dikongsikan di platform media sosialnya untuk dijadikan pengajaran buat orang ramai.

Pada mulanya wanita ini merasakan dirinya merupakan wanita paling bahagia di dunia ini, namun segalanya hancur selepas rahsia suami terbongkar selepas wanita ini membaca mesej mesra si suami dengan lelaki lain.

Difahamkan juga sepanjang perkahwinan, pasangan ini sama sekali tidak pernah ‘bersama’ dan wanita ini mengakui masih virgin.

image is not available

Di hujung video yang dimuat naik, dapat dilihat sijil penceraian pasangan terbabit dan di ruangan komen, rata-rata meninggalkan kata-kata semangat buat wanita itu untuk kekal kuat hadapi ujian ini.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen berasa berang kepada lelaki terbabit kerana seolah-olah menggunakan wanita ini untuk menutup dirinya yang sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Macam Tersepit Pintu!" - Kuku Jari Seolah 'Lebam', Netizen Kritik Inai Neelofa Banyak 'Pantang Larang'