“Tak Pernah Buat Silap” – Pengarah Puji Sikap Profesional Mendiang Kim Saeron Di Set Rakaman

EntertainmentMovie
22 May 2025 • 3:42 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun dah lama pergi meninggalkan kita, kebaikan Kim Sae-ron pastinya masih di ingatan ramai.

Baru-baru ini, filem terakhir mendiang Kim Sae-ron iaitu “Guitar Man” telah ditayangkan buat kali pertama kepada umum, selepas tiga bulan pemergiannya.

Ketika sesi sidang media, pengarah filem Lee Sun-jung berkongsi kenangan terakhirnya tentang mendiang. Luahnya,

Dari pertemuan pertama, dia telah membaca skrip dengan teliti dan aktif memberikan idea. Saya bersyukur kerana seseorang akan mencurahkan begitu banyak semangat ke dalam filem kecil seperti ini. Saya juga tak dapat lupakan senyuman cerahnya.

image is not available

Sambungnya lagi dengan memuji Kim Sae-ron sebagai seorang yang profesional,

Dia hampir tidak pernah melakukan kesilapan. Walaupun dia bergelut secara peribadi, dia akan mempunyai senyuman yang cerah semasa berlakon. Melihatnya, saya fikir ‘Dia dilahirkan untuk berlakon. Dia seorang pelakon sejati.’

Sementara itu, filem “Guitar Man” merupakan sebuah drama muzik yang mengisahkan perjalanan seorang pemain gitar genius yang menempuh kehilangan dan cinta, sambil mencari harapan melalui muzik walaupun realiti hidupnya amat mencabar.

Ianya telah dijadualkan untuk tayangan rasmi pada 30 Mei ini. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.