“Tak Pernah Cincai Layan ‘Fans'” – Netizen Puji Fazura Tak Kekok Bermesra Dengan Peminat Dah Berusia

Music
12 Aug 2022 • 7:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, lagi sekali menjadi ‘buah mulut’ netizen selepas satu video menunjukkan sikapnya yang humble ketika memberi layanan kepada peminat.

Tindakan isteri kepada Fattah Amin itu membuatkan ramai yang berasa senang dengan perwatakannya yang tidak sombong dan mesra walaupun merupakan seorang selebriti yang terkenal di Malaysia.

Video Fazura itu dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna yang menyatakan bahawa pelakon Histeria tersebut tidak pernah melayan peminat dengan teruk terutamanya dalam golongan wanita yang berusia.

Seorang yang tak pernah cincai melayan fans. Apalagi golongan yang dikira mak-mak kita.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fazura dan ada juga yang menceritakan pengalaman mereka ketika bertemu dengan artis tersebut.

Love her so much. Humble and full with beauty,” ujar seorang netizen.

“Ramai yang suka Fazura, dia tak sombong,” komen seorang lagi netizen tentang kemesraan Fazura.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 2 minggu lalu

"Serah Pada Allah & Pihak Polis Je.." - Enggan Dedah Sebab Pergi Balai, Fazura Buat Ramai Tertanya