“Tak Pernah Dedah Kos Berapa” – Difitnah Berhabis Puluhan Ribu Untuk Baju ABPBH35, Aina Abdul Selar Portal Terkenal

24 Jul 2023 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul tampil menyelar penerbitan satu artikel yang dimuat naik satu portal hiburan kerana merasakan tajuk yang digunakan berbaur fitnah dan tidak benar.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, pelantun lagu Semalam ini berkata dia tidak pernah mendedahkan kos sebenar penghasilan baju dan kos logistik yang terlibat ketika kemunculannya pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 hujung minggu lalu.

image is not available

Sumber : Murai.my 

Aina tak pernah beritahu amaun sebenar untuk kos perbelanjaan. Tidak pernah dalam karier Aina, Aina akan dedahkan kos sebenar. Minta jangan sebarkan fitnah.

Seperti yang Aina cakap kepada pihak media. Aina belum dapat invois, anggaran selepas dengar ura-ura dari team management ‘mungkin’ puluh ribu.

Namun begitu, Aina dalam nada memujuk berkata bahawa dia menghormati media yang selama ini membantu dirinya untuk berada di dunia hiburan tempatan namun tegas merasakan ‘headline’ yang digunakan sudah berbaur fitnah.

Aina sentiasa hormat kepada pihak media kerana mereka juga adalah tulang belakang karier Aina. Tetapi tajuk macam ni akan mengundang fitnah.

Terdahulu, busana Aina pada malam karpet merah ABPBH35 tempoh hari sememangnya menjadi tumpuan kerana dia hadir dalam baju bersaiz besar berwarna merah yang pastinya mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melihatnya.

image is not available 3 hours ago

Perbicaraan Kes Gangguan Seksual Bermula, PU Azman Semakin Kurus - "Job Ceramah Macam Biasa"