'Tak pernah lihat kanak-kanak rumah amal pergi sekolah' - Penduduk

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 5:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis telah mengadakan operasi menyelamat mangsa menerusi gerakan Op Global di beberapa lokasi iaitu sebanyak 20 buah rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

PUCHONG - "Saya tidak pernah nampak mereka (kanak-kanak) diami rumah amal itu pergi sekolah," dakwa salah seorang penduduk berhampiran rumah amal di Kampung Sri Aman, di sini yang dipercayai milik sebuah syarikat terkenal di negara ini.

Seorang penduduk yang tidak mahu namanya dikenali berkata, penghuni rumah amal itu lebih gemar membuat aktiviti sendiri dalam kawasan kediaman mereka.

"Mereka juga bergaul sesama sendiri dan jarang berbual dengan orang ramai," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk tempatan yang enggan namanya dikenali mendakwa, kanak-kanak rumah amal telah diberhentikan sekolah bagi menjalankan aktiviti perniagaan.

"Ketika saya jadi pentadbir sekolah di Rawang sebelum ini, ada beberapa remaja perempuan berusia 16 tahun bersekolah di tempat saya.

"Namun daripada lima hari persekolahan, mereka hanya datang sekolah dua atau tiga hari sahaja.

"Pihak kami (sekolah) kemudiannya ada hubungi organisasi tersebut tetapi akhirnya mereka diberhentikan sekolah dengan alasan untuk berniaga," jelasnya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan sebanyak 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik sebuah kumpulan berkenaan diselamatkan polis.

Polis telah mengadakan operasi menyelamat mangsa menerusi gerakan Op Global di beberapa lokasi iaitu sebanyak 20 buah rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.