“Tak Pernah Lulus Pun Peperiksaan, Tapi SPM Dapat A-..” – Guru Luah Rasa Sedih, Murid Pergi Sebelum Sempat Ucap Tahniah

LocalFamily & Parenting
25 Apr 2025 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu perkongsian seorang guru mengenai muridnya yang hampir dibuang sekolah namun akhirnya berjaya mendapatkan A- dalam subjek Landskap dan Nurseri dalam SPM.

Namun, apa yang menyedihkan adalah guru tersebut tidak sempat untuk mengucapkan tahniah kepadanya, kerana pelajar itu sudah pergi buat selamanya pada Isnin yang lalu.

Menurutnya, murid tersebut agak bergelut dengan pelajarannya namun dia seorang murid yang baik dan lurus. Ketika di tingkatan 4, dia hampir dibuang sekolah kerana kerap ponteng.

image is not available

Perkara tersebut mungkin berlaku kerana pelajar tersebut sukar untuk bersaing dengan pelajar yang lain, walau bagaimanapun guru kaunseling dan GPK HEM telah membantu pelajar tersebut untuk kembali semula bersekolah.

Mungkin dunia persekolahan tidak mesra padanya, bidang akademik yang penuh persaingan dan perbandingan mungkin menyebabkan dia menjauh disebabkan kelemahannya untuk memahami dan mengingat.

 

Tapi dia suka menyanyi. Saya masukkan dia dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Kami tak menang, tapi dia mula suka ke sekolah, mungkin sebab rasa dihargai.

Guru tersebut turut berkata pelajar itu menunjukkan kegigihan dan berusaha dalam subjek Landskap dan Nurseri yang lebih teknikal.

 

Dalam subjek landskap yang saya ajar, dia tak pernah lulus pun peperiksaan, tapi dia rajin dan ringan tulang menyiapkan tugasan.

 

Walaupun tidak sempurna, tetapi dia berusaha. Saya tak marah pun sebab saya tahu kelemahannya, dan kadang-kala bila dia ditinggalkan bas selepas tuisyen petang, waktu saya hantar pulang, sempat juga saya titip kata-kata.

 

Hari ini dia dapat A-.

image is not available

Walau bagaimanapun, guru tersebut tidak sempat mengucapkan tahniah kerana pelajar itu telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas pembedahan apendiks.

Perkongsian tersebut telah menyentuh hati orang ramai dan rata-rata memuji guru tersebut kerana berjaya membantu pelajarnya untuk berjaya dalam subjek yang diajarnya.

image is not available

image is not available 2 days ago

Calon Gagal Semua Subjek SPM 2024 Meningkat, Tidak Fokus & Bekerja Waktu Malam Antara Puncanya