Tiga pondok bayaran parkir yang disedia dan diselia oleh syarikat swasta di Dataran Rimba Square, Gong Badak, telah hancur musnah dibakar oleh individu tidak bertanggungjawab.
Wakil syarikat berkenaan, Norshafina Ab Fatah berkata, pihaknya menyedari kejadian itu pada jam 5 petang semalam, Selasa, 5 Disember 2023.
Menurut Norshafina, sebelum ini, dua lagi pondok parkir yang dibina juga telah dirosakkan pada 8 Oktober dan 4 Disember. Kejadian itu menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000.
Tiga pondok bayaran parkir dipecah, dibakar
BERITA MOJO 5 DISEMBER 2023
Tiga pondok bayaran parkir kenderaan di sekitar Dataran Rimba Square, Gong Badak di Kuala Nerus dirosakkan dengan dibakar dan dipecahkan dalam tiga kejadian berasingan bermula Oktober lalu dan bulan ini,… pic.twitter.com/Ej88PsOpPL
“Sampai tahap buat khianat macam ini, memang tak patutlah. Saya orang niaga, saya faham. Saya berniaga dengan cara macam ni, saya cari makan dengan cara macam ni. Kita tak melanggar undang-undang,” katanya.
Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.
Ni baghu tganu pic.twitter.com/7IBtHz5hqw
Namun, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati peniaga dan pekerja di kawasan tersebut tidak bersetuju dengan pelaksanaan parkir berbayar yang dianggap membebankan mereka. Selain itu, tindakan tersebut juga menyebabkan jumlah pelanggan semakin berkurangan.
Sumber: Sinar Harian
The post Tak puas hati pelaksanaan parkir berbayar, pondok parkir swasta di Rimba Square dibakar appeared first on The Reporter.

