
Berita mengenai tragedi yang menimpa adik Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi sememangnya memberi kesan mendalam di kalangan masyarakat Malaysia.
Lagi-lagi apabila melihat video bapanya, Muhd Zamrie Zainal Abidin perjelaskan bahawa arwah bukanlah merempit hingga perlu dilanggar hingga meninggal dunia.
Biarpun ramai yang bersimpati, komen seorang individu lelaki yang tidak sensitif ini sememangnya meraih perhatian ramai.
Dapat dilihat, individu itu pertikaikan kenyataan Zamrie dan berkata barangkali di belakangnya arwah anak ada saja merempit.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang dianggap keterlaluan dan tidak perlu untuk pertahankan si pelaku.
“40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih!” - Bapa Arwah Zaharif
The post “Tak Rempit Depan Kita, Belakang Kita?” – Bapa Pertahankan Arwah Zaharif Tak Merempit, Komen Individu Ini Dikecam Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



